"Hanya keranaMu Ya Allah...kami datang menyahut panggilanMU..AllahuAkbar! "

Lebih kurang 5 hari sebelum kami berlepas ke Tanah Suci, suamiku dikejarkan ke Hospital kerana mengalami sesak nafas. Kami saling berpandangan. Berbaur rasa. Ada yg menyatakan bahawa aku patut menjadual semula pemergian kami ke Tanah Suci. Jauh disudut hati aku terasa bimbang juga. Pernah membaca di salah sebuah blog kegemaranku dimana ada jemaah yg mengalami sesak nafas dalam pesawat. Akhirnya, aku bertanya dari hati ke hati; " Abg nak pegi?" Dgn genangan airmata dia menjawab, "Ya". Aku pegang erat tangannya..."Kalau gitu, kiranya ditakdirkan kita mati maka disitulah tempat yg terbaik buat kita" Kami bulatkan hati. "Hanya keranaMu Ya Allah...kami datang menyahut panggilanMU..AllahuAkbar! "

Comments

Mohd Saad Hamid said…
Assalamu'alaikum wbt

Allahu Akbar! Selamat kembali ke tanah air. Tertunai sudah hajat melaksanakan umrah. Semoga umrah puan dan suami diterima dan mendapat ganjaran daripada Allah S.W.T

Popular posts from this blog

Antara Khasiat Daun Sireh

Kumpulan Doa dan amalan mencari barang hilang

Bismillahi tawakkaltu ‘alallahi, walaa haula wala quwwata illa billah