Bermulanya satu perjalanan - Umrah 12hb Mac 2012 - 25hb Mac 2012

Semasa mendaftar untuk pakej umrah, aku sebenarnya telah mengambil pakej ke Madinah baru ke Mekah tetapi Allah telah menjemput kami ke Mekah terlebih dahulu. Terkejut sebenarnya bila 3 minggu sebelum berlepas kami diberitahu bahawa Kerajaan Arab Saudi telah mengarahkan flight yg kami naiki pada tarikh berkenaan dikehendaki ke Jeddah bukan Madinah. Bukan sebab apa, salah aku jugak sbb time ustaz ajar aku banyak fokus  ttg umrah bermula dari Madinah baru ke Mekah.Kalau ke Madinah, kita akan berihram di Bir Ali. Jadi rasa mcm agak tenang. Kalau penerbangan terus ke Mekah, tempat miqatnya di Qarnurmanazil dan kami dikehendaki memakai ihram sebelum menaiki pesawat dan mematuhi semua larangan2 ihram.Tiba2 kami kene ke Mekah terlebih dahulu, agak kelam kabut dlm hati ini. Rasa mcm belum bersedia. Rasa amat takut sekali." Ya Allah Tenangkan hati aku...Permudahkan lah Ya Allah..jgn dipersulitkan.." dan percayalah kita merancang, Allah juga merancang dan rancangan Allah Jauh lebih baik. Aku bersyukur kami ditakdirkan ke Kota Mekah Al Mukaramah terlebih dahulu dan semuanya Allah tentukan dlm keadaan yg TERBAIK.




Bertemu dengan kawan lama di KLIA. Sama2 satu sekolah di Sekolah Rendah dan Menengah Convent  Taiping. Tidak merancang tapi sudah ketentuan Allah kami dipertemukan di sini. Dia dijadualkan ke Madinah dan aku dijadualkan ke Mekah pada hari yg sama.


Alhamdulillah...

Comments

rosli said…
Teratai,

Alhamdulillah, bagi yang pertama kali ke Tanah Suci tersangat indah, bagi yang bukan kali pertama pun sangat indah. Yang pasti rindu pada Makkah dan Madinah sudah pasti akan tersemat dalam jiwa semua orang. Moga mendapat umrah yang mabror.Ameen
Teratai said…
Tn Hj Rosli,

Alhamdulillah. Inilah perjalanan pertama sy kesana. Syukur ke hadrat Illahi kerana semua dipermudahkan. Mudah2an ini bukanlah yg pertama dn terakhir, mudah2an akan ada lagi selepas ini. Satu kerinduan yg tersemat dihati.

Popular posts from this blog

Antara Khasiat Daun Sireh

Kumpulan Doa dan amalan mencari barang hilang

Bismillahi tawakkaltu ‘alallahi, walaa haula wala quwwata illa billah