Salam AidilFitri yg penuh keRINDUAN....

 
Hari nie aku terpanggil nak menulis tentang kerinduan yg telah lama aku pendam. Sabar. Sabar tu buahnya manis! Saban hari itulah kata2 yg memujuk diri ini. Aku rindukan mak, rindu nak ziarah kubur ayah, rindukan adik2, rindu kan rumah aku kat kampung, rindukan sekolah aku, rindukan motor ayah, rindukan pagar rumah mak aku, rindu nak tido kat umah mak,rindukan pasembor, rindukan popia basah bawah Supermarket Larut Matang, rindukan mee rebus mamak, rindukan mee goreng combat, rindukan lemang arwah ayah, rindukan kebun arwah ayah, rindukan durian yg arwah tanam, rindukan nangka arwah tanam, rindukan air telaga yg sejuk kat kebun tu, rindukan Lake Garden,  

Nie adik aku Ain. Dia organize birthday celebration anak aku  ngan anak dia masa raya beberapa tahun lepas.


rindukan laksa penang yg kat bawah kaki bukit maxwell, rindukan air mata air yg sejuk kat bawah kaki bukit maxwell, rindukan zoo,rindukan kawan2 lama aku, rindukan sedara mara aku, rindukan arwah mak sedara aku yg aku panggil 'Wa', rindukan makcik sebelah rumah mak, rindukan jiran2 mak, rindukan setiap selekoh nak ke rumah mak, rindukan setiap helai daun yg melambai2 on the way nak ke rumah mak, rindukan bunyi keretapi, aku rindukan bunyi hon penjual ikan yg lalu kat umah mak, aku rindukan segalanya.






Mak ngan Angah gambar raya tahun lepas ..nie cucu kesayangan dia...Dia kata cucu dia handsome...huh perasan mamat sebelah tu...

Ya Tuhan..aku rindukan kampung halaman ku dan yg paling aku rindu MAK NGAN AYAH. Cukup raya nie, bermakna setahun aku tak dapat menjejak kaki aku ke rumah mak. Setahun aku tak balik kampung. Setahun aku tak jumpe mak, setahun aku tak dapat kucup tangan mak, setahun aku tak dapat kucup pipi mak, setahun aku tak peluk mak. Hanya mendengar suara mak. Bukan aku tak  nak tapi keadaan tak mengizinkan aku meninggalkan keluarga aku dikala ini. Elok dah plan nak balik kmpg cuti sekolah bulan Mac 2011, tiba2 angah pula accident. Plan terpaksa ditunda demi kerana tanggungjawab aku sebagai ibu. Bulan Julai, 2011, aku plan nak balik dgn anak aku yg sulong slps appointment dia dgn doktor kat KL. Baru je sampai KL, terpaksa berpatah balik ke Kuantan sbb suami pulak ICU kerana serangan jantung. Dan kini dia baru seminggu menjalani Angioplasty di HTAA. Ada sedikit komplekasi dan dia ditempatkan di CCU HTAA.
Kami akan beraya di Kuantan. Tidak di Jengka mahupun di Taiping. Alang pulak akan menduduki UPSR seminggu lps raya, begitu juga Angah menyusul PMR selepas itu. Kakak pulak exam bulan Oktober.Think positvely, at least we are all still together. Jauh di sudut hati, aku sedih tapi apakan daya.  Mak menangis sbb aku kata aku tak balik. Aku terpaksa ckp ngan dia aku tak balik sbb aku takut dia tunggu. Dengan mak aku tak cerita kenapa sebenarnya aku tak dapat balik sbb dia pun sakit. Stroke. Aku takut dia tak boleh accept nanti cucu kesayangan dia accident dan masih bertongkat lagi.Takkan pulak aku nak ckp yg menantu dia kene serangan jantung dan baru kuar ICU /CCU. Tak boleh nak drive jauh2 lagi. Aku cuma ckp menantu dia deman, tak boleh nak drive. Aku bohong sbb nak jaga hati dia. Ya Allah, ampunilah aku........
Aku yakin..pasti ada hikmah yg tersembunyi. Sabar sbb Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang. DIA Maha Mengetahui apa yg tidak kita ketahui. Kerana DIA adalah Pemilik Nyawa ini.

Comments

Popular posts from this blog

Antara Khasiat Daun Sireh

Kumpulan Doa dan amalan mencari barang hilang

Bismillahi tawakkaltu ‘alallahi, walaa haula wala quwwata illa billah