Pada Suatu Hari.....CCU di HTAA
"Puan, ada terdapat sedikit komplikasi semasa pemedahan angioplasti tadi jadi doktor ingin memantau keadaan suami puan. Dia akan kami tempatkan di unit CCU". Tergamam aku mendengar kata2 nurse tadi. "Puan nak jumpe suami puan sebelum di hantar ke CCU?"tanyanya lagi.
"Ya". Aku pun bergegas masuk ke kawasan yg sebelum ini adalah kawasan larangan bagi org luar seperti aku. Aku diminta menyarung pakaian khas untuk masuk ke dewan bedah. Dalam kepala aku ada seribu satu soalan yg tiada jawapan. Nun, dihujung sana aku lihat suamiku terbaring diatas katil . Wayar berselirat dibadannya. Dihujung kepalanya ada monitor yg berkelip2 dgn berbagai warna.
"Bang? Abg ok?" soalan bodoh aku. Dia angguk. "Err..kalo ok naper nak gi CCU?" soalan bodoh aku lagi. "Dada abg sakit. Rasa jantung kembang mcm nak pecah..." dia bersuara.
"Encik jgn ckp byk ya...doktor suh rehat." ujar nurse tadi.
Itu lah yg terjadi pada aku minggu lepas. Aku diuji lagi. Suamiku menjalani pemedahan angioplasti di HTAA pada 15hb Ogos 2011. Tapi kerana tiba2 terdapat sedikit komplikasi selepas pemedahan tersebut maka suamiku dihantar ke Unit CCU untuk pemantuan. Aku. Tika itu fikiran tu terasa kosong. Bukan kosong tak berisi tapi terlalu banyak soalan yg tiada jawapan pada tika itu. Sepatutnya mengikut rancangan asal, Angioplasti surgery is just a simple surgery. Buat pagi, petang dah boleh kuar hosp. Jd aku pun mohon cuti 2 hari itu menemani dia.
Jadual aku bertukar: setiap hari aku menemani dia di hospital. Anak2 aku tinggalkan bersama anak aku yg sulung yg sengaja aku minta dia pulang untuk membantu tatkala keluarga di dalam kesusahan. Alhamdulillah. Dia anak yg baik. Dia akur. Tahun ni 2 hari anak2 aku berbuka tanpa mama dan abah. Dan aku pula, walaupun bermalam di hospital, setiap hari pukul 4.30pg aku akan pulang ke rumah mempastikan anak2 semua bangun bersahur. Walaupun kakak ada (nama panggilan untuk along) tapi tak sampai hati aku untuk meletakkan keseluruhan tanggungjawab diatas bahunya.
Kalau dulu semasa serangan jantung yg pertama, dia di letakkan di unit ICU Kuantan Medical Center, pada minggu berkenaan alang menduduki Ujian Percubaan UPSR dan kakaklah yg banyak membantu menghantar dan mengambil adik2 dari sekolah. Tapi kali ni, angah pulak yg menduduki Ujian Percubaan PMR. Mujur ada kakak.
Ya Allah..Kau permudahkanlah segalanya untuk kami. Aku yakin segalanya ada hikmahnya yg tersembunyi. Allah uji sbb Allah sayang. Dia nak kita dekat dgnnya. Dan aku pasti ada yg terbaik yg akan Dia berikan kepada kita. InsyaAllah....

Comments