Posts

Hinakah Anak Luar Nikah?

Soalan: Ustaz, saya selalu dihina oleh kawan-kawan disebabkan saya anak luar nkah. Saya tetap bersabar walaupun hati rasa terluka. Mereka mengatakan nama saya berbinkan Abdullah, sedangkan ayah yang membela saya bernama Hasyim. Abang dan kakak sya juga selalu menghina saya anak luar nikah. Saya rasa tersisih dan terhina. Bolehkah ustaz memberi motivasi kepada saya? Jawapan: Penghinaan manusia kepada manusia yang lain adalah lumrah perjalanan dunia sejak dahulu hingga sekarang. Lidah yang tidak bertulang kadang-kadang lebih tajam daripada pedang apabila ia tidak dilembutkan dengan iman dan takwa depada Allah s.wt. Janganlah saudara terlalu bersedih sehingga memudaratkan diri. Namun sebaliknya, hendaklah pasrah dan redha, serta berusaha bersungguh-sungguh meningkatkan kemajuan diri dalam pelbagai aspek, agar tidak dipandang rendah lagi pada masa akan datang. Jika diteliti, sehingga Allah dan Rasul-Nya juga pernah dikutuk dan dihina oleh manusia, inikan pula kita manusia biasa yan...

Just a MOM????

Image

Antara contoh kisah kasih dan sayang Allah s.w.t

Image
Dalam al-Quran amat banyak ayat yang menyebut nama Allah s.w.t dengan al-Rahman dan al-Rahim. Kedua-dua nama ini menunjukkan maksud yang hampir serupa iaitu Maha Memberikan Rahmat. Kasih dan syang amat berkait rapat dengan sifat rahmat. Imam Fakrhruddin al-Razi dalam kitab tafsirnya Mafatih al Shayb menghuraikan ayat ke 3 surah al-Fatihah mendatangkan dua kisah yang amat menarik bertaikan sifat kasih sayang Allah s.w.t Kisah pertama ialah pengalaman Ibrahim bin Adham seorang sufi yang terkenal.  Ibrahim bin Adham mencerikan bahawa suatu hari beliau pernah dihidangkan makanan berupa roti oleh suatu kaum yang beliau kunjungi. Ketika hendak menyuap ke mulutnya, tiba-tiba datang seekor gagak mengambil roti itu. Hairan dengan burung gagak yang berani mengambilnya daripada tangan manusia, beliau segera mengikuti ke mana gagak itu pergi. Tidak beberapa jauh dari situ, gagak itu tiba-tiba menjatuhkan makanan yang diambilnya itu ke sebuat tempat yang agak tinggi. Ibrahim segera perg...

Ketika Allah Rindu....

Image

Mari Bertahajud

Image

Kisah Pencuri Bawang

Image
Menurut hikayatnya daripada Punjab, terdapat seorang pencuri yang telah berjaya mencuri 200 biji bawang, namun berjaya ditangkap oleh tuan ladang. Pencuri tiu akhirnya dihantar ke mahkamah utnuk ditentukan hukumannya. Setelah dibicarakan, hakim menjatuhkan hukuman denga yang perlu dibayar sebanyak 10 keping emas. Si pencuri bawang mengatakan denda tersebut amat tinggi. Lalu hakim memberikan kepadanya dua pilihan, sama ada makan bawang sebanyak 200 biji atau disebat dengan 20 kali sebatan. Akhirnya si pencuri itu memilih untuk makan 200 biji bawang tersebut. Si pencuri tadi mulalah makan bawang tersebut satu demi satu sehinggalah biji yang ke 25, air matanya sudah megalir kepedihan dan perutnya terasa sperti terbakar. Olehkerana tidak tahan, maka dia memohon kepada hakim untuk disebat dengan 20 kali sebatan. Baru sahaja sebatan ke sepuluh dia sudah tidak tahan dan meninta sebatan dihentikan. Akhirnya pencuri tersebut tetap terpaksa membayar denda sebanyak 10 keping emas. hakim m...

Bolehkah iblis, jin dan syaitan menyerupakan diri?

Walaupun, pada hakikatnya iblis, jin dan syaitan tidak boleh dilihat, tetapi dengan kelebihan tertentu, iblis, jin dan syaitan boleh menyerupakan diri dengan rupa tertentu termasuk bagi tujuan menakut-nakutkan manusia. Al-Qadhi Abu Ya'la Muhammad bin al-Husain bin al-Farraa' berkata: "Tidak ada kemampuan bagi syaitan untuk mengubah penciptaan mereka dan berubah bentuk. Namun Allah boleh sahaja mengajarkan kepada mereka beberapa kalimat dan perbuatan. Jika ia mengucapkan kalimat tersebut atau melakukan perbuatan-perbuatan tersebut Allah s.w.t  akan mengubahnya daripada satu bentuk ke bentuk yang lain. Dikatakan: syaitan mampu untuk mengubah bentuk dan membuat khayalan dengan maksud bahawa ia mampu untuk satu perkataan yang jika ia mengatakannya atau melakukannya, maka Allah akan mengubahnya daripada satu bentuk ke bentuk yang lain sesuai dengan kebiasaan yang berlaku. Ada pun jika ia mengubah dirinya sendiri, maka hal itu mustahil, kerana berubah dirinya daripada satu ben...