Posts

Mencari CintaMu

Ya Allah! Ku buka lembaran catatanku ini dalam perjalanan mencari cinta kepadaMu. Telah kudaki puncak derita sengsara tatkala Kau tiada dihatiku Telah kujatuh tersungkur ke lembah hina bila hatiku jauh daripadaMu Telah kuterapung di langit kecewa bila hilang Namamu dari jiwaku. Ya Allah! Maka sehinanya sifatku ini.. restuilah perjalananku ini dalam mencari cintaMu. Agar tidak sesat berliku diriku ini di penjuru waktu. Ya Allah! Tiada serinya hidupku ini meskipun melimpah kasih insan sedangkan tiada pula KasihMu dihatiku. Andai tiada juga kasihku untukMu dihatiku...maka restuilah perjalan batinku ini.. di dalam mencari jalan untuk pulang kepadaMu dengan cinta yang suci

Orang Bijak Panjang Umur

Image
Panjang pendek umur manusia tidak sama. Kita datang ke dunia ibarat menaiki bas dengan destinasi yang berbeza. Tidak semestinya yang naik dahulu akan turun dahulu. Begitulah juga sebaliknya. Tidak semestinya yang naik kemudian akan turun kemudian. Ada masanya yang naik dahulu akan turun kemudian dan ada pula yang naik kemudian tetapi turun terlebih dahulu. Panjang atau pendek umur tidak penting. Apa yang penting adalah bagaimana menggunakan nikmat usia yang Allah anugerahkan selaras dengan tujuan Allah menghidupkan kita.

Anehnya Perjalanan Masa

Image
Usia umpama harta...bukan banyaknya yang menjadi perhitungan tetapi keberkataannya. Harta yang berkat, sedikitnya mencukupi, banyaknya boleh diagih-agihkan. Begitulah usia yang berkat, pendeknya bermanfaat, panjangnya melimpahkan kebaktian. Setiap kali menyambut ulang tahun kelahiran, ucapan sewajarnya bukanlah "Selamat panjang umur" tetapi "selamat pendek umur". Hal ini kerana tempoh mati seseorang telah Allah tetapkan di dalam rahim ibu lagi. Ertinya, semakin hari, semakin dekat langkah kita menuju ketetapan itu. Maknanya, semakin hari semakin pendek umur kita. Ya, hari ini setapak lagi kita menghampiri tarikh kematian kita. Mati untuk hidup? Benar, kerana kematian di dunia ini hakikatnya untuk hidup kekal abadi di akhirat nanti.

Janji Allah BENAR

Image
Janji Allah adalah benar. Allah telah menentukan sesuatu. Yang hilang tidak bermakna binasa. Yang pergi tidak bermakna kita hilang segala. Kalau kita ukur - banyak mana yang Allah ambil, dibanding dengan banyak manayang telah Allah beri kepada kita. "Kalau kita cuba hitung nikmat Allah, nescaya tidak akan terhitung banyaknya" (Ibrahim 14:34) Apabila musibah menimpa, Allah tarik balik sedikit sahaja dari kurnia-Nya, mengapa harus berdukacita? Mengapa harus bersedih? Bukankah itu pertanda bahawa Allah mungkin menggantinya dengan sesuatu yang lebih baik? Allah tarik sesuatu untuk Allah berikan sesuatu yang lain. Tidak mustahil. Berlapang dada kepada Allah, bahawa Allah menentukan segalaya. Yakinlah. Kadang-kadang manusia merasa dukacita kerana beban hidup yang terlalu banyak. Penyakit yang menimpa. Masalah keluarga yang banyak. Masalah anak, maslah isteri, masalah jiran, masalah kerja, masalah kereta, masalah itu dan sebagainya. Maka dia bersedih, dia berdukacita, jiwanya tertek...

Apa yang KEKAL..

Image
Setelah manusia dapat sesuatu, dia memiliki sesuatu, maka timbul pula suatu macam kesedihan, keresahan. Apa dia? Takut hilang sesuatu. Maka ada orang bersedih kerana hilang sesuatu. Hilang harta, hilang anak, hilang suami, hilang isteri. Dia menjadi berdukacita. Terkadang-kadang dia hilang punca. Mengapa harus demikian? Laa tahzan! jangan bersedih. Bukankah segala apa yang Allah kurniakan kepada kita itu hanyalah pinjaman sementara. Tiada yang kekal. "Tiap sesuatu di muka bumi ini akan binasa. Yang kekal hanya wajah Tuhanmu yang maha suci, maha mulia." (Ar-Rahman 55:26-27) Allah beri, Allah tarik kembali. Allah beri kita harta, Allah juga menariknya kembali. Bukankah itu adat orang meminjam? Kita hanyalah meminjam harta daripada Allah SWT. Dan jikapun kita katakan bahawa kita pemegang amanah Allah, maka sifat orang yang memegang amanah ialah suatu masa dia terpaksa memulangkan semula amanah itu kepda sang empunya. Ketahuilah, hidup kita, mati kita , semua yang kita miliki, ad...

Takut tak dapat

Image
Keyakinan kita kepada Allah, Pencipta, Tuhan yang telah memberikan segala apa sesuatu kepada kita. Semua mereka yang telah menemui Allah SWT adalah mereka yang tenang. Sebab itu mereka yang sentiasa ingat kepada Allah, yang menyebut nama Allah, akan lahirlah ketenangan di hati mereka. Hilang segala keresahan, hilang segala kedukaan. Rasa resah gelisah datang menimpa manusia, melanda hati manusia, kerana kurangnya keyakinan kepada Allah SWT. Ada orang resah gelisah kerana takut tak dapat sesuatu. Dia bekerja siang dan malam mencari harta, mencai wang ringgit, dan dia takut tidak dapat sesuatu, Dia tidak yakin dengan Allah. Dia lupa bahawa Allah yang memberikan rezeki, Allah yang mengurniakan rezeki, Allah menentukan rezeki, kadar rezeki untuk seseorang. Bukankah Nabi ajar untuk husnuddzon kepada Allah! Bersangka baik kepada Allah. Bahawa Allah memberikan aku rezeki yang banyak. Hanya tugas kita pergi mencari rezeki tersebut. Tidak ada resah gelisah, tidak ada ketakutan tidak dapat sesua...

Dalam hidup kita ini apa yang kita cari...

Image
Dalam hidup kita ini apa yang kita cari? Jawapannya berbagai. Ada yang mencari harta, ada yang mencari teman sejati, ada yang mencari keseronokan, ada yang mencari hiburan, ada yang mencari benda-benda yang pelik-pelik. Apa pun yang kita cari, kadangkal ia membawa kegelisahan dan keresahan di hati - apakah akan bertemu ataupun tidak? Apakah pencarian yang lebih besar daripada mencari Tuhan? Apakah pencarian yang lebih bermakna yang lebih hebat dari mencari Tuhan? Ada yang resah, kerana tidak mengenal Tuhannya. Tidak ada nikmat selain bertemu dengan Khaliq. Tidak ada nikmat selain bertemu dengan Allah SWT. Dan alhamdulillah, dengan nikmat yang dibawa oleh Islam, iman yang dibawa oleh baginda Rasulullah saw, kita mengenal Tuhan kita.