Posts

Outlook towards life

Image

Truth of Life

Image

Life

Image

Bubur Asyura

Image
BUBUR ASYURA [versi manis ] bahan 1 biji keledek 1 biji keladi 2 biji pisang nangka 1 liter santan [1 biji kelapa] 1 cawan gula pasir 1 cawan gula merah 1 tin jagung manis 1 cawan kacang hijau [rebuskan] 1/2 cawan sagu [basuh dan toskan] 1/2 cawan tepung beras 1 helai daun pandan cara 1. Keledek, keladi dan pisang dipotong dadu 2. Rebuskan kedelek dan keladi. Toskan 3. Jerangkan santan dengan gula merah, gula pasir dan daun pandan sehingga larut. 4. Masukkan semua bahan dan tepung beras. 5. Sentiasa kacau supaya tidak bergentel. 6. Masukkan sagu dan kacau sehingga pekat dan kental. 7. Bila sagu nampak jerneh tuangkan dalam loyang dan sejukkan. 8. Bila sejuk boleh dipotong dan hidangkan.

Antara SABAR dan MENGELUH

Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Diwaktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya. "Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu,tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati." Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya, "Apakah katamu hai saudaraku ? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini." Abu Hassan bertanya, "Bagaimana hal yang merisaukanmu ?" Wanita itu menjawab, "Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya, "Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah men...

Oksigen Cinta

Image
Cinta semata-mata tidak akan mampu mempertahankan keharmonian rumah tangga. Perkahwinan dimulakan oleh cinta tetapi disempurnakan oleh tanggungjawab. Cinta itu satu rasa yang bertunjangkan perasaan. Perasaan tanpa kekuatan jiwa dan kematangan berfikir akan goyah apabila berdepan dengan ujian. "Perasaan" adalah hamba yang baik tetapi tuan yang sangat buruk. Justeru, jka ingin selamat, pastikan perasaan "bekerja" untuk kita, bukan sebaliknya. Akan tiba masanya, sesuatu yang kita lihat indah dahulu tidak indah lagi kini. Jika kita hanya bergantung kepada perasaan, cinta kita akan tercalar. Pada ketika itu cinta memerlukan tanggungjawab dan tanggungjawab menuntut satu kepercayaan. Ketika cinta mula goyah di pentas rumah tangga, tanggungjawab akan datang menyelamatkan "pertunjukan" dengan peranan yang lebih berkesan. Atau lebih menguji lagi apabila umur perkahwinan semakin lanjut dan kita sudah mencecah usia senja. Waktu itu darah tinggi, diabetes, tahap kolest...

Antara ORANG AGAMA dan ORANG BERAGAMA

Image
Adakalanya ibu bapa keliru antara menjadikan si anak beragama dengan menjadikannnya orang agama. Apa yang dihajatkan oleh seorang ibu dan bapa itu hakikatnya sudah sempurna tercapai apabila si anak menjadi manusia beragama. Tidak semestinya hingga jadi "orang agama" Ilmu agama itu perlu untuk bekalan diri, tetapi memaksa anak menjadi "orang agama" tanpa kerelaan hati si anak, bukan sahaja merosakkan dirinya, malah anak itu ada upaya pula merosakkan orang lain. Untuk anak menjadi orang agama, seelok-eloknya biarlah atas pilihan dan perancangan. Namun untuk menjadi oran gyang beragama, ia bukan pilihan, biar pun mungkin denga sebuah paksaan!