Rama-rama

Seorang lelaki terjumpa satu kepompong rama-rama. Satu hari, terdapat satu rekahan di kepompong itu. Lelaki itu memerhati betapa peritnya rama-rama di dalamnya untuk keluar melalui kerahan kecil di kepompong itu untuk beberapa jam lamanya.
Akhirnya lelaki tersebut tidak tahan melihat rama-rama itu tersekat lalu mengambil keputusan untuk membantu rama-rama tersebut dengan membuang kepompong tersebut.
Lelaki itu menunggu melihat rama-rama tersebut itu untuk membuka sayapnya dan terbang. Rama-rama tersebut hanya mampu merangkak dengan badan yang bengkak dan sayap yang kusut.
Lelaki yang terkejut itu pun melakukan carian di Google. Baru dia faham, pertolongan dia tadi untuk membebaskan rama-rama itu daripada kepompong adalah tindakan yang silap. Rama-rama itu akan mati. Rupa-rupanya Allah telah mencipta keadaan sebegitu rupa di mana rama-rama itu perlu menggunakan segala tenaganya untuk keluar daripada kerahan kecil kepompongnya supaya cecair yang ada di badannya akan ditekan ke bahagian sayapnya yang membolehkan sayapnya kembang selepas ia berjaya keluar daripada kepompong tersebut.
Pada ketika itu, lelaki itu memahami erti kesusahan yang sebenar. Kesusahan hanyalah pemberian Allah untuk manusia memahami sesuatu. Jika Allah tidak menguji manusia, dan membiarkan manusia hidup tanpa cabaran, maka lumpuhlah manusia.
Tanpa ujian, manusia tidak akan mengetahui kekuatannya. Kita tidak mampu ‘terbang’ seperti rama-rama tersebut.
Wahai anakku,
Apabila kamu mendoakan agar kamu diberi kekuatan, Allah memberikan cabaran untuk menunaikan permintaan kamu untuk menjadi seorang yang kental.
Apabila kamu mendoakan agar kamu diberi kebijaksaan, Allah memberikan peluang kepada kamu untuk menyelesaikan masalah.
Apabila kamu mendoakan agar kamu diberi keberanian, Allah menguji kamu dengan situasi yang getir untuk diatasimu.
Apabila kamu meminta agar kamu diberikan nikmat, Allah memberikan kamu peluang.
Kamu akan mendapati Allah akan memberikan apa yang diperlukan kamu pada akhirnya.
"Wahai kaumku, sembahlah kamu akan Allah (sebenarnya) tidak ada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. Oleh itu, tidakkah kamu mahu bertaqwa kepadaNya?" Al-Mu’minun:24

Senyum

Comments

Popular posts from this blog

Antara Khasiat Daun Sireh

Kumpulan Doa dan amalan mencari barang hilang

Bismillahi tawakkaltu ‘alallahi, walaa haula wala quwwata illa billah