TONIK MOTIVASI


Orang yang bermotivasi tinggi tidak akan mudah luntur semangat hanya kerana diperkatakan oleh orang lain. Jika mereka gagal dalam suatu pertandingan , mereka anggap dirinya telah berjaya kerana berani menampilkan diri untuk menyertai pertandingan tersebut.
Mereka tahu, kegagalan adalah suatu rempah kejayaan. Dirinya menghargai kecaman orang lain kerana ini akan menurunkan ego dan kebongkakan diri. Di samping itu, percakapan orang lain yang pedih dan pedas akan menyemarakkan semangatnnay untuk membuktikan keunggulan diri pada masa depan.
Apakah reaksi kita terhadap teguran dan kritikan orang lain adalah penting. Jika kita bersikap proaktif, kritikan menjadi suatu yang membina. Kita sedia menilai setiap kekurangan diri dan membasmikan racun diri.
Sebaliknya, jika kita bersikap reaktif, kita akan cenderung melawan dan membidas setiap kecaman dengan alasan yang tersendiri.
Fitnah dan kecaman orang lain adalah suatu tonik motivasi diri untuk individu yang berdaya maju. Yang penting , kita hidupkan kualiti proaktif dan sentiasa berpegang pada kebaikan.
Jika kita gagal mempertahankan komitmen dan tanggung-jawab kita hanya kerana sebilangan orang cuba membangkang dan melawan, kita tidak akan berjaya memperjuangkan kejayaan yang lebih raksasa kelak.
Hidup bagaikan rumput. Biarpun kita pernah dipijak hina oleh orang lain, tetapi daya hidup akan mendorong kita untuk bangun semula. Rumput yang dipijak tidak akan mati dan mereka tetap mempertahankan hak untuk hidup dan membesar.
Tidak ada sesuatu kejayaan yang dikatakan baik secara keseluruhan. Pasti ada aspek yang tercuai atau tidak terlaksana.
Jika diri kita mahu menjadi seorang yang penting kepada masyarakat dan berjaya dalam hidup, kita hendaklah sedia menerima teguran dan kecaman dari orang lain.
Kuasa hidup juga sejajar dengan kuasa kecaman yang anda terima. Semakin banyak kesakitan yang anda rasai, semakin tinggilah semangat anda untuk menegakkan kebenaran.
Seperti kata pepatah, cara membals dendam yang paling mulia ialah dengan membuktikan kejayaan dan keunggulan anda.

Comments

Popular posts from this blog

Antara Khasiat Daun Sireh

Kumpulan Doa dan amalan mencari barang hilang

Bismillahi tawakkaltu ‘alallahi, walaa haula wala quwwata illa billah