Motivasi. Siapa datang dulu, motivasi atau tindakan?
.
Mohd Ahsan seorang yang kurang bermotivasi dalam melaksanakan kerja-kerjanya baik di mana-mana sahaja.
Ahsan ingin menyelesaikan masalah ini lalu berjumpa dengan Tok Guru Haron.
“Ustaz, ada banyak perkara yang saya ingin buat, tapi tak da motivasi untuk gerak,” adu Ahsan.
“Nak buat, buat terus,” jawab Haron.
“Tak faham. Saya tak ada motivasi nak buat, itulah masalahnya ustaz,” jawab Ahsan.
“Ok. Ahsan jawab ini. Antara ayam dengan telur, siapa datang ke dunia ini dulu?” tanya Haron.
“Telur,” jawab Ahsan.
“Dari mana telur datang?” jawab Haron. Melihat Ahsan tidak dapat bercakap apa-apa… Haron mula berceramah…
“Sebenarnya kita tidak tahu mana datangnya ayam yang melahirkan telur yang pertama? Dan kita mungkin tak akan tahu.
Tapi soalan seterusnya ialah motivasi. Siapa datang dulu, motivasi atau tindakan?” tanya Haron.
“Motivasi dulu,” jawab Ahsan.
“Tak boleh ke kita buat dulu, baru timbul momentum dan motivasi untuk buat lagi,” Haron tanya kembali.
“Dan orang yang tunggu motivasi datang dulu, selalunya akan gagal untuk menyelesaikan apa-apa. Sementara orang yang mengambil tindakan dulu sebelum menjana motivasi boleh melakukan lebih banyak perkara,” terang Haron.
Ahsan semakin terpegun dengan kata-lata Haron dan tidak berkata apa-apa.
“Kita tak nyanyi sebab kita gembira, tapi kita gembira kerana kita bernyanyi,” tambah Mat Abus.
Selepas mendengar penjelasan daripada Mat Abus, perangai Ahsan berubah dengan mengambil tindakan dulu terhadap semua perkara walaupun tiada motivasi
Wahai anakku,
Jangan sangsi untuk bertindak sekiranya kamu terasa itu adalah sesuatu yang perlu untuk dilakukan.
Motivasi melakukannya akan menyusul sepertimana momentum. Jika kamu duduk tunggu motivasi datang dahulu, setiap 5 minit yang dibazirkan menunggu momentum menyebabkan perkara tersebut lewat 5 minit untuk diselesaikan dan menjauhkan kamu lagi dari sasaran kamu.
Senyum

Comments