Warkah buat Anakku Sayang: Bila engkau malas membaca.
Wahai anakku,
Apabila aku melihat engkau malas membaca, aku terasa sebak kerana kamu telah menutup pintu kamu yang paling utama untuk kemasukan ilmu. Wahai anakku, ingatlah akal kamu bukan segalanya jika kamu tidak mengkayakannya dengan ilmu.
Tuntutlah ilmu dengan rajin membaca, wahai anak kesayanganku, kerana sesungguhnya ilmu adalah pendekatan diri kepada Allah.
Wahai anakku,
Jangan sesekali dalam hidupmu, engkau pandang rendah dan meremehkan darjat ilmu. Sesungguhnya, ilmu pengetahuan menempatkan seseorang hamba Allah itu dalam kedudukan terhormat dan mulia. Percayalah wahai anakku bahawa ilmu adalah keindahan bagi seseorang hamba Allah di dunia dan di akhirat.
Tuntutlah ilmu selagi boleh, dan kamu belajarlah untuk ilmu itu ketenangan dan kehormatan diri. Jangan-jangan sekali kamu biadap dengan orang yang mengajar kamu. Belajarlah untuk menghormatinya dan bersikaplah rendah hati padanya.
Ingatlah, wahai anak kesayanganku, barangsiapa merintis jalan mencari ilmu maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga.
Namun begitu, wahai anakku, jangan sesekali kamu menuntut ilmu untuk dibangga-banggakan dan untuk diperdebatkan di kalangan orang-orang bodoh dan buruk perangai.
Jangan sesekali kamu cuba menjadikan menuntut ilmu untuk menaikkan penampilan kamu dan menarik perhatian orang-orang kepadamu.
Ingatlah, wahai anak kesayanganku, bahawa sesungguhnya Allah membenci perbuatan itu dan neraka bakal menantimu.
Wahai anakku,
Jangan sesekali kamu kedekut dengan ilmu yang kamu perolehi, kerana sesungguhnya mengajarkan ilmu kepada orang yang tidak mengetahuinya adalah sodaqoh.
Di dalam satu hadis Ibn Majah, Aba Dzar diseru mengajarkan ayat dari Kitabullah – kerana ia lebih berkat daripada shalat (sunnah) seratus rakaat.
Dalamnya, wahai anakku, juga tertera dengan jelas bahawa pergi mengajarkan satu bab ilmu pengetahuan baik dilaksanakan atau tidak, itu lebih baik dari pada shalat seribu rakaat.
Oleh itu, janganlah kamu sesekali kedekut dengan ilmu. Mengapa kamu berkedekut dengannya sedangkan ilmu itu milik Allah dan bukan hak milikmu, wahai anak kesayanganku?
Wahai anakku,
Jika kamu tidak boleh menjadi penulis yang baik, jadilah pembaca yang memberi manfaat kepada orang lain.
Senyum

Comments