Siapa yang bocorkan tayar?
Zila seorang pemilik nasi lemak. Walaupun Zila pandai memasak, akan
tetapi Zila menggaji dua orang rakannya yang mengganggur untuk memasak
di kedainya. Sekurang-kurangnya dua orang rakan ada kerja untuk menyara
keluarga sementara Zila meneruskan kerja-kerja dakwahnya bersama seorang
ustaz.
Dua rakannya dihantar menghadiri kursus nasi lemak untuk meningkatkan mutu masakan. Setelah 6 bulan, kemahiran dua rakan melebihi kemahiran Zila dalam pemasakan dan bisnes di nasi lemak juga bertambah baik.
Namun pada satu hari, salah seorang rakan berkata keluarganya tidak gembira dengan keputusan dia untuk bekerja di kedai nasi lemak. Kata dia, keluarganya akan mengeluarkan modal untuk dia untuk membuat kedai nasi lemak sendiri.
“Kamu yang masak. Mengapa nak kerja bawah orang?” desak keluarganya. Akhirnya rakannya membuka satu kedai nasi lemak berhampiran dengan kedai Zila dan menyebabkan bisnes Zila merudum.
Ketika itu, Zila cukup kecewa. Ramai yang bertanya mengenai nasibnya, tapi Zila dengan senyum berkata, “Rezeki di tangan Allah. Usah bimbang.”
“Tak marah ke pada rakan Zila yang buat begitu pada Zila?” tanya seorang rakan baiknya.
“Kalau kata tak marah, itu tipu. Tapi selepas berbicara dengan ustaz, hati lega sikit,” kata Zila merujuk kepada ustaz yang dibawanya setiap hari untuk berdakwah.
“Ana boleh terus fikir mengapa rakan ana buat begini pada ana. Ana boleh fikir sehingga rasa dendam. Ana boleh biarkan minda mainkan babak-babak dan kata-kata benci ana sehingga dia rasa bersalah. Tapi ini semua hanya khayalan yang meracun minda ana. Ia menyusahkan hati ana, dan rakan ana tidak akan berasa apa-apa.
Jadi buat apa fikir perkara begitu. Lebih elok kawal minda untuk fikir bagaimana nak pulihkan bisnes semula dengan apa yang ada,” kata Zila.
Rakannya terkejut dengan penjelasan Zila. Baginya, Zila sudah mencapai satu tahap yang tinggi dalam kehidupannya kerana boleh berfikiran begitu.
“Bagaimana anta boleh melatih diri sehingga berfikiran seperti begitu?” tanya rakan baik Zila.
“Ustaz kata asalkan kita serahkan sepenuhnya pada Allah, kita mudah akan berfikiran begitu. Ana anggap ini cumalah satu ujian Allah untuk ana belajar sesuatu. Jadi ana buat segalanya untuk menerima pengajaran tersebut daripada habiskan masa untuk berdendam tak berkesudahan. Asalkan kita berusaha, percayalah Allah akan memberi jalan keluar apabila tamat latihannya,” jawab Zila.
Wahai anakku,
Apabila berlaku sesuatu yang tidak disukai kamu, jangan biarkan hati dan minda kamu berdendam mengenainya. Jangan biarkan hati dan minda kamu untuk menyalahkan sesiapa kerana ia hanya menyusahkan hati dan mindamu dengan racun-racun yang menjerumus ke arah kerosakan kualiti hidupmu.
Teruskan perjalananmu. Jika tayar bocor, jangan sibuk nak cari dan salahkan pemilik paku yang membocorkan tayarmu. Baikilah tayarmu dan teruskan perjalanan. Akhirnya kamu mendapat ilmu bagaimana untuk membaiki tayarmu, dan bagaimana menghadapi kecemasan di lebuhraya yang kereta-kereta pantas berlalu.
Sesungguhnya ilmu itu lebih berguna daripada mendapat tahu siapa pemilik paku yang membocorkan tayarmu.
Senyum.

Comments