Kumpulan Doa dan amalan mencari barang hilang

Saya telah kehilangan barang kemas dan sy menjadi musykil tentang kehilangannya. Hilang dalam simpanan.  Mula2 tu terasa marah, terkejut, kecewa bila pencariannya tidak mendatangkan hasil. Lalu saya diam sejenak, istigfar. "Siapalah aku nak marah atas kehilangan ini sbb semua yg kita ada hanyalah pinjaman dari DIA. Kalau DIA nak ambik, sekelip mata DIA boleh ambil." Lalu sy diam lagi. Betulkan niat. Kalau dulu sy nak cari barang sy yg hilang, tapi kali ni sy nak cari barang yg Allah pinjamkan kepada sy lalu menjadi tanggungjawab saya utk menjaganya dan utk menjadikan ia bermanafaat sebagai suatu ibadah. Mungkin salah saya jugak sbb menganggap barang kemas sebagai satu pelaburan yg sangat berguna ketika kita susah, walhal yg membantu sebenarnya adalah ALLAH. Barang adalah salah satu cara bantuan dari ALLAH dan ALLAH punya banyak cara utk membantu hamba2nya. Pesan saya pada anak, tak apalah, kita usaha dulu. Sekiranya ada rezeki kita Allah akan pulangkan pada kita. Jika tidak, kita redha. Yang Allah kira bukan hanya hasil dipenghujung kita berjaya mencari atau tidak tapi usaha. Allah uji kita dgn kehilangan ini. Jika kita sabar, Insya Allah, Allah akan gantikan dengan suatu yang lebih baik lagi. Mungkin ini adalah cara ALLAH mengajar kita jgn bergantung kepada yang lain selain ALLAH.  DIA tahu musibah bagaimana untuk mentarbiyahkan aku. Hanya ALLAH  shaja yang boleh memudahkan anak2 mama belajar dgn mendapat biasiswa tanpa kita perlu meminta2 jasa orang lain membantu. ALLAH  boleh memberi kesihatan yang baik kepada kita jadi kita tak perlu meminta2 jasa orang lain membantu membayar bayaran perubatan. ALLAH boleh memberikan kita ketenangan tanpa kita perlu memikirkan hutang piutang yang perlu dijelaskan. Ada berbagai cara ALLAH akan membantu kita dgn bantuan yang lebih baik. Itu antara hikmah yang tersembunyi dan sangkaan2 yang terbaik utk kita teruskan hidup dengan bersyukur. Bersyukur saat kita diuji.

Dalam pencarian mencari cara2 yang terbaik utk mencari barang yang hilang, banyak ilmu baru yang sy pelajari. Sy kumpulkan disini sebahagiannya dan ini juga sebahagian dari hikmah kehilangan. Dalam kesusahan ada kesenangan. Mudah2an sebagai rujukan untuk diri sendiri dan kawan2 diluar sana. Insya Allah. Apa yang penting ialah usaha dan jangan mudah berputus asa. Insya Allah, ALLAH ada dan DIA tahu apa yang kita buat.

***************************************************************************
Koleksi 1

Baca surah al- hasyr mula ayat 18 sampai habis. niatkan nak jumpa barang balik.
kalau Allah izinkan dan memang rezeki kita, pencuri akan rasa panas punggung, menggelisah dan rasa bersalah.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَلْتَنْظُرْ نَفْسٌ مَا قَدَّمَتْ لِغَدٍ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ (١٨)
وَلا تَكُونُوا كَالَّذِينَ نَسُوا اللَّهَ فَأَنْسَاهُمْ أَنْفُسَهُمْ أُولَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ (١٩)
لا يَسْتَوِي أَصْحَابُ النَّارِ وَأَصْحَابُ الْجَنَّةِ أَصْحَابُ الْجَنَّةِ هُمُ الْفَائِزُونَ (٢٠)
لَوْ أَنْزَلْنَا هَذَا الْقُرْآنَ عَلَى جَبَلٍ لَرَأَيْتَهُ خَاشِعًا مُتَصَدِّعًا مِنْ خَشْيَةِ اللَّهِ وَتِلْكَ الأمْثَالُ نَضْرِبُهَا لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ (٢١)
هُوَ اللَّهُ الَّذِي لا إِلَهَ إِلا هُوَ عَالِمُ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ هُوَ الرَّحْمَنُ الرَّحِيمُ (٢٢)
هُوَ اللَّهُ الَّذِي لا إِلَهَ إِلا هُوَ الْمَلِكُ الْقُدُّوسُ السَّلامُ الْمُؤْمِنُ الْمُهَيْمِنُ الْعَزِيزُ الْجَبَّارُ الْمُتَكَبِّرُ سُبْحَانَ اللَّهِ عَمَّا يُشْرِكُونَ (٢٣)
هُوَ اللَّهُ الْخَالِقُ الْبَارِئُ الْمُصَوِّرُ لَهُ الأسْمَاءُ الْحُسْنَى يُسَبِّحُ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ (٢٤

atau boleh klik link ni (surah al-hasyr) untuk paparan lebih jelas...

2) selawat tafrijiyyah baca 4 kali/ 44 kali/ 100 kali.

Yakin la pada Allah, sebab dier Yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita...
In Shaa Allah .....

 *******************************************************************************
Koleksi 2

Baca surrah yassin dan pada setiap perkataan "mubin" didalam surrah tu berdoa dalam hati supaya barang tu ditemui balik.

*********************************************************************************

Koleksi 3

Bismillah: Assalamu 'Ala Man ittaba'a al-Huda.

Amalkanlah doa ini berulang-ulang sambil mencari barang ataupun sesuatu yang hilang itu sehingga jumpa.

Doa ini telah terbukti mujarrab dan sering diamalkan oleh Ahli-Ahli Darusysyfa di seluruh Malaysia dan juga Brunei. Ianya juga telah terbukti mujarrab untuk mengembalikan orang yang hilang.

Setelah membaca doa ini berulang-ulang dengan banyaknya. In Syaa' Allah S\sahabat-sahabat akan merasai keajaiban doa ini. Kerana apabila membaca doa ini, sahabat akan dapat menjumpai barang yang hilang itu dengan izin Allah swt jua akan dapat dengan mudah sekali.
Jika doa kita dan barang kita tidak dijumpai juga. Maka periksalah diri kita dan cermin diri samada kita ada membuat dosa pada Allah swt atau pada orang lain. Jika ada cepat-cepatlah bertaubat dengan membaca istighfar banyak-banyak. Dan cepat-cepatlah memohon maaf jika ada kesalahan pada orang. Jangan tunggu hari Raya, jangan tunggu hari tua, kerana kita tidak tau bila kita akan  kembali kepada Allah swt. Allah mencintai orang-orang yang suka bertaubat dan suka membersihkan diri.
Sahabat-sahabat yang amat disayangi, mungkin sahabat-sahabat pernah merasa doa yang amat cepat dimakbulkan oleh Allah swt. dan mungkin sebahgian lagi tidak.  Kepada yang pernah merasainya, maka bersyukurlah dengan kurnia Allah swt itu dan tetaplah istiqamah dengan amalan-amalan anda.
Kepada yang belum lagi merasa doanya dimakbulkan dengan cepat, maka tingkatkanlah dan gandakanlah amalan anda. Jauhi sebarang maksiat. Jauhi perkara-perkara yang dibenci oleh Allah swt. Bertaubatlah dengan taubat nasuha dari segala kesalahan. Mohon maaflah kepada setiap insan yang pernah dizalimi dan disakiti. Berazamlah untuk berhenti dari melakukan maksiat-maksiat itu.

In Syaa' Allah, Allah tentu akan menerima doa anda.

Semoga bermanfaat. Kongsilah dengan yang lain. Semoga Allah swt akan memberikan kebaikan yang tidak terkira banyaknya kepada orang yang sudi berkonsi Ilmunya. Aaamiiin.
**********************************************************
Koleksi 4
**********************************************************

"Ya Allah Tuhan dari sesuatu yang hilang, Ya Tuhan yang memberikan petunjuk dari kesesatan, kembalikanlah barangku yang hilang."
Atau...
"Maha Suci Tuhan Allah zat yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lalai (lupa) wahai Tuhan, ingatkanlah aku apa yang aku lalai(lupa)"

**********************************************************************

1. Dari Us Muhadir
Mula2 solat hajat,selepas salam baca dengan yakin:
YAA ALLAHU YAA SHAAHID( Ya Allah Yang Maha Melihat) sebanyak 100kali.

Kemudian baca doa ini :
'' Ya Jaamia'an Naasi Li Yaumil Laa Raiba Fiih, Ijma' 'Alayya Dhoollatii (Ya ALLAH,Yang Mengumpulkan Manusia pada hari yang tidak ada keraguan padanya,kumpulkanlah apa2 yang hilang kepadaku semula''

2. Dari Akh Ikhwan.

Sedikit sebanyak kisah ttg doa ni.. ihsan blog sdr ikhwan
Doa ini diajarkan oleh Tuan Guru Ustaz Ahmad Fahmi Zamzam Al-Banjari An-Nadwi Al-Maliki hafizahullah semasa pengajian kilat kitab Bustanul Arifin di Alor Setar Kedah.
Berkaitan doa ini, pengarang kitab Bustanul Arifin (iaitu Imam Nawawi): Sebenarnya doa ini telah saya cuba maka saya mendapatinya sangat bermanfaat dan menjadi sebab untuk mendapatkan barang yang hilang dengan tidak lama mencarinya. Dan saya juga telah mendengar dariapda Syeikh al-Hafizh Abu Baqa' seperti perkataan ini dan beliau yang mengajarkannya kepadaku sejak dahulu lagi.
Penterjemah kitab ini, iaitu Ustaz Ahmad Fahmi Zamzam sendiri mengakui bahawa insya Allah doa ini sangat mujarab kalau hilang barang. Ustaz Fahmi sendiri pernah kehilangan barang, dan berkat membaca doa ini, dikembalikan barang tersebut.
Doa ini diskan daripada kitab terjemahan Bustanul Arifin oleh Ustaz Ahmad Fahmi Zamzam dan diedit.
"Beramallah dengan keyakinan, dan sedarlah diri kita sedang memohon daripada Pemilik segala perkara tiada berkecuali."
3. Dari seorang Ustaz
Doa yg lebih lengkap
Doa yang lengkap seperti yang tersebut dalam kitab Guru Mulia Habib Zein:
اَللَّهُمَّ إِنَّكَ تَعْلَمُ أَيْنَ ضَالَّتِيْ وَ أَيْنَ ضَلَّتْ اَللَّهُمَّ يَا رَادَّ الضَّالَّةِ وَيَا هَادِيًا مِنَ الضَّلاَلَةِ وَيَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَ رَيْبَ فِيْهِ اِجْمَعْ عَلَيَّ ضَالَّتِيْ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ

Ya Allah, sesungguhnya Engkau mengetahui dimana berada barangku yang hilang dan dimana ia hilang. Ya Allah, wahai Tuhan yang mengembalikan barang yang hilang, wahai yang memberi petunjuk dari kesesatan, wahai yang menghimpunkan manusia pada hari yang tidak ada keraguan padanya, himpunkanlah (kumpulkanlah) padaku barangku yang hilang, sesungguhnya Engkau berkuasa atas segala sesuatu

Petua lain
Ini sedikit petua cara untuk mengembalikan barangan yang hilang sebagaimana yang terdapat di dalam kitab Guru Mulia Habib Zein BinSumaith yangtelah beliau ijazahkan secara khusus kepada al-fagir. Ada dua cara
1 - baca surah adh-Dhuha di empat penjuru pada tempat barang tersebut hilang, setiap penjuru baca 1x, setelah itu bacakan doa di atas. InsyaAllah, barang yang hilang akan ditemui kembali.

*****************************************************************

1. Mula2 dirikan solat hajat,selepas salam baca dengan yakin:
YAA ALLAHU YAA SHAAHID( Ya Allah Yang Maha Melihat) sebanyak 100kali. Ya Hayyu ya Qayyum 100x
2. Baca surah ad-Dhuha 7 kali dan al-Fatihah sekali, selawat 20 kali,
Kemudian baca doa ini :
يا جامع الناس ليوم لا ريب فيه ، اجمع علي ضالّتي
” Ya Jaamia’an Naasi Li Yaumil Laa Raiba Fiih, Ijma’ ‘Alayya Dhoollatii (Ya ALLAH,Yang Mengumpulkan Manusia pada hari yang tidak ada keraguan padanya,kumpulkanlah apa2 yang hilang kepadaku semula”
3. baca Ya Aliyyu ya ‘Aziim, ya ‘Aliim ya Haliim
4. Istighar 1000x

*************************************************************

Kaifiat Bacaan Surah Yaasin untuk Mengembalikan Barang Hilang

Oleh: Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din Kaedah yang dinyatakan di sini adalah satu ikhtiar yang boleh diamalkan bagi bermohon kepada Allah SWT agar barang yang hilang atau dicuri dijumpai semula.
Kaedah ini juga boleh diamalkan untuk bermohon agar Allah SWT mengembalikan semula ahli keluarga yang hilang atau yang lari dari rumah.
Cara atau kaifiatnya adalah seperti berikut;
1. Lakukan Solat Hajat sekurang-kurangnya 2 rakaat dengan bermohon supaya Allah SWT mengembalikan barang yang hilang atau dicuri.
2. Doa berikut juga boleh dibaca ketika dalam sujud yang terakhir.

3. Selesai Solat Hajat, mulakan bacaan Surah Yaasin mengikut kaedah seperti berikut;
  • Membaca Surah Yaasin, apabila sampai pada perkataan Mubin yang pertama (iaitu diakhir ayat 12), berdoalah supaya Allah SWT mengembalikan barang yang hilang, kemudian ulang semula bacaan Yaasin daripada mula.
  • Untuk pusingan kedua, apabila sampai mubin yang pertama, berdoalah kemudian teruskan bacaan sehingga sampai mubin yang kedua (iaitu diakhir ayat 17). Berdoa lagi sekali di mubin yang kedua ini kemudian ulang semula bacaan Yaasin daripada mula.
  • Untuk pusingan ketiga, berdoa di mubin pertama, kedua dan ketiga (iaitu diakhir ayat 24). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.
  • Untuk pusingan keempat, berdoa di mubin pertama, kedua, ketiga dan keempat (iaitu diakhir ayat 47). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.
  • Untuk pusingan kelima, berdoa di mubin pertama, kedua, ketiga, keempat dan kelima (iaitu diakhir ayat 60). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.
  • Untuk pusingan keenam, berdoa di mubin pertama, kedua, ketiga, keempat, kelima dan keenam (iaitu diakhir ayat 69). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.
  • Untuk pusingan ketujuh (pusingan terakhir) , berdoa di mubin pertama, kedua, ketiga, keempat, kelima, keenam dan ketujuh (iaitu diakhir ayat 77). Kemudian teruskan bacaan sehingga ayat terakhir Surah Yaasin.
  • Setelah selesai bermakna anda telah berdoa sebanyak 28 kali.
3. Untuk mendapatkan kesan yang lebih mujarab, lakukan amalan ini selama tiga malam berturut-turut sebaik sahaja mengetahui barang telah hilang.
4. Bagi memudahkan untuk beramal dengan kaedah ini, berikut adalah Surah Yaasin yang telah disediakan kolum bilangan doa yang dibaca mengikut turutan dari 1 hingga 28 yang ditandakan pada ayat yang berakhir dengan Mubin.

Kaedah yang dinyatakan di sini adalah satu ikhtiar yang boleh diamalkan bagi bermohon kepada Allah SWT agar barang yang hilang atau dicuri dijumpai semula.

Comments

Anonymous said…
Alhamdulillah, sangat bermanfaat. Terima kasih kepada blogger ^_^. Tolong doakan saya supaya dapat menemui barang yang sangat berharga.Terima kasih sekali lagi, wallahu'alam.
Anonymous said…
Alhamdulillah, sangat bermanfaat. Terima kasih kepada blogger ^_^. Tolong doakan saya supaya dapat menemui barang yang sangat berharga.Terima kasih sekali lagi, wallahu'alam.
Unknown said…

Ezahaiza Insyie said…
Alhamdulillah....memang bermanfaat.saya amalkan dan jadikan zikir pada masa saya mengetahui barang saya kecurian. Alhamdulillah, pcurinya akhirnya kmblikn brg tsebut keesokannya tidak sampai 24jam...jazakallahu khairan. Allahu Akbar....Allah mendengar doa hambaNya...lebih2 lgi bulan Ramadhan ini....
Anonymous said…
tq byk2 atas perkongsian sis..saya baru tersedar..brg saya ni semunya pinjaman semata2, semoga Allah izinkan saya dapat jumpa brg yg hilang..saya doakan sis sekeluarga murah rezeki, diberkati, dirahmati..insyallah

-redo-
Anonymous said…
Kiyai, tolong bantu saya, saya kehilangan uang dikantor, uang simpang ditas kerja, entah hilang kemana, saat saya ini mau gila, menangis, rasanya mau mati tolong doakan saya agar pencurinya bisa mengembalikan uang tersebut. Terimakasih
Unknown said…
Terima kasih sis =)
Ina Wong said…
Boleh sy tau,antara byk2 kumpulan doa ni,ayat yg mana satu awk baca ya eza?hrp dpt dikongsikan.tq.sbb sypun baru kehilangan quran digital n cd2 agama akibat dicuri baru2 ni.tq
Anonymous said…
Salam, terima kasih diatas perkongsian ini. Saya sudah banyak kali kehilangan barang berharga. Barang pemberian orang terutamanya. Setiap kali saya hilang, saya berasa sangat sedih. Apakah salah aku? Adakah silap aku yang selalu cuai? Saya tahu saya tak sepatutnya sedih yang melampau tapi saya hanya marah kenapa saya tidak boleh jaga harta pinjaman dgn se eloknya �� sesunguhnya Allah maha mengetahui.......
Anonymous said…
alhamdulillah, moga blog ni dapat bantu ramai orang in shaa allah
F@R@H W@H!D@ said…
Fon paling mahal beli sepanjang hidup ni hilang. Sedih,...tiap malam mimpi jumpa fon. Sobs. Thanks sis

Popular posts from this blog

Antara Khasiat Daun Sireh

Bismillahi tawakkaltu ‘alallahi, walaa haula wala quwwata illa billah