Lawak Hari Ini


Seorang doktor di sebuah hospital sakit jiwa berjalan-jalan di sekitar untuk melawat pesakitnya. Semasa berjalan, doktor itu tiba-tiba terdengar suara orang menyanyi dengan kuat.

Setelah puas mencari, barulah doktor itu menyedari bahawa suara itu datangnya dari sebuah bilik di sebelah. Dan sang penyayi itu semakin galak mengalunkan lagu Amy Search.. Siap tiru gaya Amy, bersiul peewit lagi..

Tapi hairannya, mula-mula doktor tu melihat dia menyanyi terlentang.. Selepas 30 min, pesakit itu ubah posisi meniarap pula. Doktor yang kehairanan terus bertanya

DOktor: Tadi kenapa pakcik menyanyi terlentang.. Sekarang dah meniarap pula.

Pesakit: Ooo … kalu ikut kaset ni, tadi side A.. Sekarang side B..

Comments

Popular posts from this blog

Antara Khasiat Daun Sireh

Kumpulan Doa dan amalan mencari barang hilang

Bismillahi tawakkaltu ‘alallahi, walaa haula wala quwwata illa billah