Mata Lebah ke atau Mata Lalat?


Teringat bicara seorang motivator di slot motivasi pagi, radio IKIM.fm. Beliau menyatakan bahawa mata manusia terdiri dari 2 jenis. Satu mata lalat dan satu lagi mata lebah. Kebiasaannya mata lebah, apabila dia terbang, matanya akan memerhati dan mencari bunga-bunga. Walau dia terbang di sekitar sampah sekalipun, matanya akan mencari bunga2. Mata lalat pula, walau dia terbang di taman bunga sekalipun, pasti matanya tercari-cari benda busuk atau sampah untuk dihinggapi. Begitulah manusia.Ada manusia yang telah dikurniakan segala yang baik, tempat kerja yang selesa, pasangan yang baik, keluarga yang bertoleransi. Namun, dia tetap suka memandang pada kekurangan manusia lain, tidak bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan, suka mengutuk institusi tempat dia bekerja. Pendek kata, sentiasa mencari salah walaupun sedikit. Ada pula manusia, Allah SWT mengujinya dengan kepayahan hidup, rezeki yang cukup-cukup makan, kerja yang berat, pasangan yang tidak mampu memenuhi hasrat yang diinginkan. Namun, dia sentiasa mencari apa yang baik disebalik kepayahan hidupnya, sentiasa berfikiran positif dan bersyukur dengan apa yang ada. Manusia seperti ini memiliki mata lebah yang sentiasa memandang kebaikan. In Shaa Allah, mudah-mudahan kita memiliki mata seperti ini..

Comments

Popular posts from this blog

Antara Khasiat Daun Sireh

Kumpulan Doa dan amalan mencari barang hilang

Bismillahi tawakkaltu ‘alallahi, walaa haula wala quwwata illa billah