Kisah Ibnu Hajar Asqalani


Dikisahkan, ada sorang pemuda yang belajar di sebuah pengajian ilmu agama. Pemuda itu merasakan bahawa yg beliau agak sukar memahami serta menguasai apa yang dipelajarinya kerana umurnya
sudah lanjut berbanding pelajar yg lain.

Lalu pemuda itu mohon izin dpd gurunya untuk balik ke rumah. Terpaksalah gurunya melepaskan pemuda itu balik ke rumah dengan hati yang berat.

Di tengah perjalanan, turunlah hujan. Kebetulan pemuda itu melalui sebuah gua & terus berteduh di dalam gua tersebut. Sementara menunggu hujan reda, pemuda itu memerhati sebuah bongkah batu besar yg sudah melekuk kerana dititis oleh air bertahun lamanya.
Pemuda itu terus mendapat semangat yg tinggi untuk berusaha dgn lebih gigih kerana setelah memerhati batu tersebut dia berfikir "sekiranya batu pun boleh melekuk sehingga membentuk lubang kerana titisan air itu apatah jika aku berusaha untuk tekun belajar". Terus pemuda balik semula ke tempat pengajiannya & gigih belajar.

Para pembaca yg dikasihi Allah. Kisah ini bukanlah cerita dongeng semata-mata walaupun kita biasa mendengarnya dari kecil. Si pemuda itu kemudiannya digelar Ibnu Hajar (anak batu) & menjadi menjadi ulama yg tersohor.

Comments

Popular posts from this blog

Antara Khasiat Daun Sireh

Kumpulan Doa dan amalan mencari barang hilang

Bismillahi tawakkaltu ‘alallahi, walaa haula wala quwwata illa billah