Pengantin Bertudung Singkat

Tidak lama lagi saya akan melangsungkan perkahwinan. Masalah yang saya hadapi ialah mak andam menyuruh sya memakai tudung yang sangat sehingga menampakkan bahagian dada saya. dia ialah emak saudara saya. Jadi, sya berasa agak payah untuk menolak permintaanya. Apa nasihat ustaz?

Saudari, memakai tudung di bahagian kepala hingga ke paras dada ialah satu kewajipan ke atas wanita islam dalam semua keadaan. Allah berfirman dengan jelas dalam surah al-Nur ayat 31 yang telah disebutkan di atas. Menurut Imam al-Qurtubi, setiap wanita Islam wajib mentuup kepala mereka hingga menutupi bahagian dada.
Sehubungan dengan itu, saudari diharamkan mematuhi kehendak mak andam tersebut yang sememangnya bercanggah dengan kehendak Islam. Setiap arahan atau pandangan yang bercanggah dengan Islam wajib ditolak. Sabda Nabi yang bermaksud:"Tidak boleh mentaati makhluk dalam pengingkari Pencipta.:(Riwayat Ahmad)

Sumber: Majalah Al Ustaz

Comments

Popular posts from this blog

Antara Khasiat Daun Sireh

Kumpulan Doa dan amalan mencari barang hilang

Bismillahi tawakkaltu ‘alallahi, walaa haula wala quwwata illa billah