Andai Lelaki Tahu..
Andai Lelaki Tahu…
Apabila seorang
perempuan jatuh cinta, lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi
lelaki itu adalah segalanya di hatinya.
Andai Lelaki Tahu..
Apabila seorang
perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia
sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai lelaki itu.
Andai Lelaki Tahu..
Apabila seorang
perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaanya tapi percayalah,
itu maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja
pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin
bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak sesuatu yang
terjadi.
Andai Lelaki Tahu..
Apabila perempuan
cerewet, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu
lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.
Andai Lelaki Tahu..
Apabila perempuan
berkata dia mahu kamu berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima kamu
seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya,
tetapi untuk masa depan anda.
Andai Lelaki Tahu..
Apabila perepmbuan
cemburu dan tidak percayakan kamu, bukan bermakna dia tidak sayang…tetapi dia
terlalu sayangkan kamu dan masih menganggap kamu anak kecil yang masih
memerlukan sepenuh perhatian. Terkadang dia terlalu risau sekiranya terlalu
percaya, kamu akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya
sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk kamu.
Andai Lelaki Tahu..
Apabila perempuan
merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dnegan duit
atau hadiah, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat dia rasa dihargai.
Andai Lelaki Tahu..
Apabila perempuan
jarang mengatakan ‘I Love U’, itu tidak bermaksud dia tidak mencintai kamu
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari
kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya..
Andai Lelaki Tahu..
Apabila perempuan kata
dia rindu dengan kamu, dia benar-benar maksudkannya..
Andai Lelaki Tahu..
Apabila perempuan kata
lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia
hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang
terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.
Selagi dia denganmu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi
yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.
Andai Lelaki Tahu..
Apabila perempuan
berkata kasar, dia bukan bermaksud untuk berkasar, tapi dia mahu melihat sejauh
mana lelaki itu mampu bersabar dengan sikapnya. Percayalah, hati perempuan itu
sangat lembut.
Andai Lelaki Tahu..
Andai perempuan
berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi
selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia
kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia
benar-benar mencintai anda. Perempuan sulit untuk mengawal perasaan. Dia
terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitive
dengan perubahan pada diri anda.
Andai Lelaki Tahu..
Sememangnya Allah
menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi
sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan
menyempurnakan. Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik
air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang
lelaki itu merasa selamat bersamanya.
Biarpun sebenarnya
perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang dapat
menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.
Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia
didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuantan untuk
menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna Dialah yang bakal
menjadi perempuan berkerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak-anak
anda.
Dipetik dari blog Aizuddin
Comments