
Ada berbagai bentuk krisis identiti dan salah satunya adalah berhijab. Menutup aurat wajib tapi kami nak kelihatan cantik. Ada berjenis2 fesyen bertudung atau berhijab. Ada yang menepati syarak, ada yang tidak walaupun cantik dari segi warna, hiasan dan jenis kain.
"Saya tidak fikir gaya busana Muslimah perlu up-to-date seiring dengan perkembangan fesyen semasa
Sebaliknya, saya percaya perkembangan fesyen semasa yang mesti peka
terhadap gaya busana Muslimah yang sudah digariskan jelas oleh syarak.
Adat bersendi syarak, syarak bersendi kitabullah.
Pengusaha
busana muslimah bertanggungjawablah kepada terma 'muslimah' yang
diterjemahkan kepada busana yang diperaga dan dijual.
Telitilah dengan sehalus-halusnya jenis kainnya, gaya potongannya,
ketebalan materialnya, ukuran panjangnya, corak pada permukaan kainnya,
jenis warnanya dan aksesori yang dipadan dengan busana tersebut.
Saya ikhlas memohon, usah jual terma 'muslimah' untuk menjadi pelaris."
(dipetik dari FB seorang teman)

Wahai para Muslimah, kita yang dimuliakan ALLAH, bahagialah dengan
kemuliaan itu, sudah selayaknya kita menjaganya dengan segala daya dan
upaya. Hanya itu cara kita mengabdikan diri kepada-NYA, mematuhi
perintah-NYA dan Rasul-NYA. Bekali diri dengan ilmu dan fahaman yang
cukup tentang perintah ALLAH yang satu ini. Luruskan niat untuk berjihad
melawan hawa nafsu. Sekali memutuskan berhejab, yakinlah bahawa kita
sudah melakukan sesuatu yang benar dan mohon pada-NYA agar tetap menjaga
hati ini tetap beristiqhamah dalam ketaatan pada-NYA.
Ketika kita sudah
memutuskan untuk berhejab, sama artinya kita membeli ‘one way ticket’
don’t look back and cause there’s no way back. Jangan pernah berjalan
mundur dan kembali kepada kejahiliahan diri kita. Tidak ada alasan
apapun untuk menanggalkannya, kerana ALLAH adalah segalanya. Tidak juga
kerana masalah rezeki yang sering membuat orang menanggalkan jilbab demi
professionalisme dan tuntutan pekerjaan. Yakinlah ALLAH sang penjamin
rezeki, apabila DIA yang memerintahkan kita menutup aurat, DIA juga yang
akan menjamin rezeki untuk kita. Jangan pernah meragukan-NYA. Sedikit
atau banyaknya rezeki adalah urusan-NYA. Namun yakinlah apabila kita
patuhi-NYA, ALLAH tidak pernah menyia–nyiakan kepatuhan hamba-hamba-NYA.
ALLAH Maha Mengetahui niat yang terkandung dalam hati para
hamba–hamba-NYA.
Jangan pernah mempermainkan aturan–aturan-NYA. Kita hanya
diperintahkan patuh dan taat, bukan mengganti ketentuan-NYA sesuai
dengan yang kita mahukan. “Syurga di kelilingi oleh sesuatu yang luar
biasa sulit, sementara sebaliknya, neraka justeru di kelilingi segala
kemudahan.” Mahu kemana kita nanti, kembali kepada kita masing–masing
dalam mentaati perintah-NYA.
Comments