Dan inilah cerita...isteri yang diuji..
"Apa salah saya? Segala-gala sudah saya lakukan. Saya telah banyak berkorban untuk rumah tangga ini. Tetapi suami seolah-olah tidak nampak. Kini saya bertahan cuma kerana anak-anak."
Hidup ini kesinambungan ujian yang berterusan. Malah setiap kita akan diuji. Jangan menyangka hanya kita yg diuji, tetapi semua manusia ada habuannya masing-masing. Tetapi biasalah, kita hanya nampak pelangi yang ada di atas kepala orang lain. Maksudnya, kita sering merasakan, hidup orang lain lebih indah, lebih bahagia....hanya kita yang menderita. Pada hal, setiap kali kita diuji adalah pada titik kelemahan masing-masing. Dan inilah cerita...isteri yang diuji.
Di mana aku di mata suamiku? Apakah aku ini masih dicintainya? Atau aku masih diterima sebaai isteri hanya kerana sudah tidak ada pilihan dan jalan lai lagi... Lalu perkahwinan yang tidak bahagia ini, walau sengsara sekalipun mesti diteruskan. Nanti apa kata sanak saudara? Apa pula anggapan teman-teman? Dan yang paling penting apa pula nasib anak-anak kalau aku bercerai nanti?
Lalu dikayuh jugalah bahtera perkahwinanyang diumpamakan sudah hilang angin. Ketika itulah harga diri isteri berada di tahap yang paling rendah. Dia seolah-olah tidak ada harga diri lagi. Keyakinannya sudah terhakis, harapannya sudah menipis. Apakah harga diri? Maruah? Status?
Secara mudah harga diri ditafsirkan sebagai penilaian seseorang terhadap dirinya sendiri tentang kemampuannya untuk berjaya atau bahagia dalam hidup. Pendek kata, jika seseorang ingin bahagia dia mesti mempunyai harga diri yang tinggi. Dia mesti berasa layak, mampu dan berkebolehan untuk berjaya. Dia "feel good" dengan dirinya sendiri.
Petanda isteri yanghilan harga diri begitu ketara. Kekadang menjadi pemurung. Banyak memencilkan diri. Atau ada pula yang mudah marah-mara. Terlalu sensitif. Hilang semangat untuk membersihkan diri apatah lagi berhias atau mengemas rumah. Tidak ada apa lagi yang hendak "diperjuangkannya" atau yang akan mengembirakan atau yang menyedihkannya. Dia seperti orang mati - hilang semangat untuk hidup.
Inilah akibatnya apabila seseorang lebih pentkan pandangan suaminya terhadap dirinya berbanding pandangan dirinya sendiri. Apa penilaian suamiku? Apakah dia masih cinta atau sudah jemu? Hidupnya dihantaui prasangka. Dan prasangka itulah yang menghilangkan keceriaan dan semangatnya.
Hakikatnya penilaian diri terhadap diri sendiri jauh lebih penting daripada penilaian orang lain terhadap diri kita. Maksudnya, biar dipandang rendah di mata suami, tetapi jangan dipandan rendah pada mata sendiri. Malangnya, dalam perkahwinan yang tidak bahagia ramai isteri atau suami yang bersa harga diri mereka direndahkan oleh pasangannya.
Maha Suci Allah, yang tidak sekali-kali mencipta hamba-Nya untuk gagal dan menderita. Allah mencipta kita untuk berjaya dan bahagia. Sebab itulah diutuskan untuk kita Rasulullah s.a.w berserta dengan Al-Quran dan sunahnya. Dan kepada setiap individu diberkan-Nya pelbagai keistimewaan yang tersendiri.
Soalnya, apakah kita telah membangunkan segala keistimewaan itu secara optimum? Sejauh mana segala kelbihan yang Allah berikah kepada kita telah kita kenali, terokai dan dipergunakan? Isteri yang diuji mesti mencari semula kekuatannya. Di mana keunikan aku? Aku istimewa, aku unik. Bisikkan begitu pada diri.
Jadilah diri kita sendiri. Sayangi diri itu dengan membina satu keyakinan bahawa Allah Maha Adil yang telah mengurniakan bakat dan kemampuan untuk mencapai kebahagiaan dalam hidup berbekalkan segala kelebihanyang kita miliki. Jangan rosakkan seluruh kehidupan hanya kerana berasa tidak dihargai oleh suami. Hidup terlalu singkat dan sangat berharga untuk "dikorbankan" hanya oleh prasangka dan curiga. Malah jika benar seklaipun kita dipinggirkan oleh suami, ingatlah suami bukan segala-galanya.
Bangun dan binalah harga diri semula! Insya-Allah, apabila kita mula menghargai diri sendiri barulah orang lain akan mengharga diri kita. Kita adalah unik justeru tidak ada sesiapa yang serupa dengan kita sama ada dari segi luaran mahupun dalaman. Cara yang terbaik untuk membanding adalah dengan membandingkan diri kita sekarang dengan potensi kita yang sebenar.
Ubahlah diri ke arah yang lebih baik, Insya-Allah kita akan lihat suami, anak-anak dan seluruh isi rumah kita akan berubah.
Kita tidak perlu menyaingi suami untuk mendapat keyakinan diri. Dia tetap dia dan kita tetap kita. Jangan menunggu suami menghargai diri kita, barulah anda berasa diri anda berharga...sebaliknya hargailah diri kita terlebih dahulu, barulah suami akan menghargai kita. Merendah diri di hadapan suami, bukan bererti mengorbankan harga diri kita sebagai insan yang sempurna ciptaan Allah.
Ingatlah kata-kata ini, " Jangan bimbang jika diri tidak dihargai tetapi bimbanglah jika diri memang tidak berharga."
Teruslah menjalankan tanggungjawab dalam keluarga dengan sebaik-baiknya. Jangan sekali-kali "sakit jiwa" kerana tidak dihargai kerana dalam diri kita sudah ada keyakinan bahawa diri kita memang berharga!
Comments