kEMBARA iMAN mELIHAT kEBESARAN tUHAN
Tip Ketika Keluar Mengembara
1. Mengabara ialah platform terbaik untuk mempelbagaikan pengalaman dan mengenal pasti tujuan hidup. Setiap tempat dan situasi akan member peluang untuk anda menikmati pelbagai pengalaman yang berbeza.
2. Dengan mengembara, anda boleh meluaskan ilmu pengetahuan serta mencatat dan mengalikasikan dalam kehidupan seharian, Anda akan menjadi semakin berkeyakinan, berani, bijak membuat keputusan dan menangani masalah.
3. Mengembara mewarnakan kehidupan anda membentuk personaliti anda.
4. Pendedahan terhadap pelbagai budaya memberi impak dalam kehidupan anda. Pertukaran budaya menjadikan andan lebih peka dengan keadaan sekeliling, minda lebih terbuka, fikiran luas ketika berbicara dan petah mengungkapkan pendapat.
5. Belajar berdikari dan perlu juga diingat, kadar pergantungan anda kepada Allah juga tinggi.
6. Menjadikan anda lebih bertanggungjawab menguruskan tiket penerbangan, penginapan, pengagkutan, makan minum, pasport dan perbelanjaan. Kesusahan dan kesulitan yang dialami menjadikan perjalanan anda lebih bermakna.
7. Tiada zon selesa apabila keluar mengembara. Segala-galanya bergantung pada diri sendiri. Pengembaraan menjadi platform terbaik untuk anda belajar mengurus kewangan.
Terlalu banyak untuk dilalui dan dilihat di dunia ini. Kenapa harus tunggu dikemudian hari untuk menikmati kehidupan anda? Jangan tunggu lagi. Mulakan langkah pertama anda untuk menjelajah dunia. Terokailah dunia ketika anda masih muda.
I always told my children, "Go OUT and see the WORLD!"
Semakin jauh kita mengembara, semakin banyak ilmu danpengalaman yang dapat dikutip. Seperti kata pepatah Melayu: "Jauh perjalanan luas pengalaman." Islam itu sendiri berkembang melalui pengembaraan. Sejarah telah membuktikan bahawa Islam berkembang ke Tanah Melaluu melalui perdagangan dan pemgembaraan Pedagang-pedagang Arab.
Orang yang bermusafir juga makbul doanya. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:"Tiga doa yang sangat mustajab; doa orang yang berpuasa, doa orang yang dizalimi dan doa orang yang bermusafir." (Riwayat al-Bukhari, Ahmad, Abu Daud dan Al-Tirmizi)
Melancong atau mengembara juga memberi kesempatan kepada kita melihat sendiri kehidupan masyarakat di tempat orang, lebih-lebih lagi di tempat yang kruang bernasib baik beranding negara kita. Melihat kemunduran dan kemusnahan di tempat mereka membuatkan kita lebih bersyukur dnegan apa yang kita nikmati.
Kita jangan lupa untuk memandfaatkan segala ilmu dan pergalaman yang kita peroleh sepanjang dalam perjalan untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah s.w.t
Kesimpulannya, pengembaraan mematangkan diri, menambah ilmu pengetahuan dan meyakinkan kita akan kekuasaan dana kehebatan Allah s.w.t dalam mentadbir dan mengedalikan pusing hayat alam sementara ini. Ambillah yang terbaik dan buanglah yang buruk sebagai sempadan dalam hidup. Selamat mengembara!
dipetik dari Majalah Solusi 42
- Elakkan tiba di destinasi pada waktu malam
- Buat tempahan penginapan dan pengangkutan lebih awal
- Mempunyai wang secukupnya
- Jangan mempercayai secara membuta tuli kenalan atau rakan yang baru ditemui
- Apabila keluar bersiar-siar, perhatikan papan tanda, mercu tanda atau nama jalan supaya tidak tersesat
- Waspada dengan gelagat orang di sekeliling
- Berhati-hati sekiranya melihat orangyang sama mengekori anda kerana anda mungkin menjadi sasaran penjenayah
- Jangan sesekali mendedahkan maklumat peribadi seperti lokasi penginapan
- Jangan berpakaian terlalu ganjil sehingga menarikperhatian orang ramai terutama di kawasan luar bandar dengan penduduk yang agak konservatif
- Peka dan hormati pegangan agama dan budaya setempat
- Tinggalkan barangan berharga dalam peti keselamatan dihotel. Jika perlu, hanya bawa salinan pasport dan kad penenalan ketika bersiar-siar.
- Jangan memakai barangan perhiasan berlebihan
- Bersedia untuk berkenalan dengan pemgebara lain supaya dapat memudahkan perjalanan anda terutama dalam kekangan bahasa.

Comments