Kisah Aiman lagi.....
Aku baru pulang dari appointment dgn doctor sabtu lepas(2/7/2011). Sedih. Terasa berat kepala aku mendengar kata-kata doctor berkenaan Aiman.
“Tulangnya masih belum bercantum dan kemungkinan besar ia tidak akan bercantum. Dan ada kemungkinan besar ligmen dibawah lutut dia putus dan itu mencacatkan cara dia berjalan.“ Terduduk aku mendengarnya. “Jadi?” Tanya aku. “apa plan doctor?” “saya cadangkan kita buat operation untuk masukkan besi dlm kaki dia. Ruang yg kosong tu kita masukkan tulang gantian. Tulang gantian agak mahal sket. UIA ada buatkan...granumas. Lebih kurang RM1000 satu atau cara lain kita ambik tulang dari pinggul dia. Selepas dua tahun, insyaallah, besi tu kita keluarkan sama mcm besi kat bahu dia. Cuma bahagian ligament tu kita tak boleh buat operation lagi, dia masih sedang membesar, kene tunggu umur dia 20tahun baru boleh buat.” “Tak ada cara lain doctor?” “kene buat dlm masa terdekat ke atau boleh tunggu lepas PMR?” Tanya aku lagi. “Kita boleh buat masa cuti sekolah nanti. Buat masa nie untuk support dia berjalan, dia kene pakai knee guard dan ankle guard. “ujar doctor tu lagi. Amat penyabar dia menjawab soalan2 aku. “tapi kos nya agak mahal sket.” Tambahnya lagi. “berapa?” “lebih kurang RM2000 lebih.” “hemmm….tak apa lah doctor, nanti duit sy ikhtiarkan…” “Kalo begitu, hari Jumaat nanti sy confirmkan balik”ujar doktor tu lagi.
Aku berpaling pada Aiman, “Angah, lepas nie angah kene all-out, semua perkara nak kene buat betul-betul. Bersungguh. Dah tak boleh dah buat main-main. Dari atas sampai kebawah semuanya dah masuk besi. Ni bermakna angah dah tak boleh jadi kuli. Kene jadi bos. Kalu dah tahu nak kene jadi bos, jadi kene la belajar betul-betul. Tak boleh buat PMR main-main.” Kalau ditanya hati aku. Tah la, tak keruan rasanya. Nak bercerita pada siapa. Tak tahu. Siapakah yg benar2 memahami kecuali Allah. Kalau dapat aku tak nak dimasukan besi dlm kakinya. Sakit. Dan aku tak tega untuk melihat anak aku sakit. Dia sakit. Aku lebih lagi. Aku rasa apa yg dia rasa. Aku lihat apa yg dia lihat. Aku dengar apa yg dia tidak dengar dan aku tahu apa yang dia tidak tahu.

Suamiku bersetuju untuk pemedahan tu tapi aku. Aku katakan padanya, bagi aku masa. Kita cuba dulu cara alternatif, dan pemedahan adalah pilihan yang terakhir aku. Aku tak tahu apakah keputusan yg aku ambil adalah betul atau tidak.Ya Allah...bantulah aku..
Aku ke kedai buku. Itulah antara tempat yg dpt menenangkan gejolak dlm fikiran ku. Ku capai sebuah buku. Kata kenalanku buku nie bagus utk org-org yg macam aku.
“Namun, apabila ditanya pada diri, jauh di suduh hati ia bukan bertujuan begitu, bahkan jauh sekali. Jauh di sudu hati, aku mahu berkongis kaedah rawatan alternative mengubati kanser berdasarkan pengalaman anak kami Aqi. Aku juga berhasrat untuk berkongsi pengalaman dengan orang yang memerlukan pandangan pada saat-saat fikiran menjadi buntu dalam membuat pilihan. Orang-orang sebegini sangat memerlukan bantuan dan sokongan daripada orang-orang yang senasib dengan mereka”
“Mengejar kebendaan tak pernah ada penghujungnya. Memenuhi kehendak Allah akan memberikan kepuasan dan kebahagiaan yang total. Kini kami akui, harta bukan sahaja dalam bentuk kebendaan atau wang ringgit. Anan-anak, suami dan pengalaman hidup juga harta. Mungkin ia lebih berharga daripada harta kebenaan. Yang penting, apakah bentuk harta yang kita miliki itu membawa kebahagiaan kepada kita!
Justeru apa juga bentuk dugaan dan cabaran harus kita terima dengan hati terbuka. Kita harus sentiasa bersyukur dan menganggap apa juga yang datang mempunyai hikmah di sebaliknya. Kita harus belajar untuk menghargai dan berbahagia dengan apa saja yang kita ada walau sekecil mana pun ia. Apabila kita bersyukur dengan apa yang ada, kita akan mendapat lebih banyak lagi kenikmatan dan kesenangan. Itulah janji Allah.”
Ini adalah sedikit petikan dari buku yg aku sedang baca.”Anakku Brain Tumor” catatan penulis: Isyah Radhiah Idris. Aku harap aku akan mendapat sedikit kekuatan dalam meneruskan perjuangan bersama anak-anakku.
Comments