Aku nak tidur sekejap je....

Ada satu pagi di HTAA, masa aku tolak aiman ke bilik air dgn kerusi roda. Papah dia dudukkan dlm toilet untuk morning cleaning, tiba2 aje ada seorg pesakit yg ada kat situ nyanyikan satu lagu. Tersentuh hati aku.

Kasihnya Ibu

Kasihnya ibu
Membawa ke syurga
Kasihnya saudara
Masa berada
Berkorban raga
Rela binasa
Berkorban nyawa
Tanda kasihnya
Kasihnya ayah
Sanggupkah berpisah
Dan kasih anaknya
Berkorban nyawa
Biar pun jiwa
Akan tersiksa
Ikhlas dan rela
Asal kau bahagia

 Aku  terpaksa mengekjas dgn keadaan baru aku dan untuk org lain jugak maaf kerana terpaksa bersabar dan mengekjas dengan keadaan aku,ngan anak2, ngan keluarga,  ngan kwn2, dgn keje, ngan student...Ada yang amat memahami dan ada jugak yg tidak. Ada jugak suara2 sumbang yg mengatakan bahawa anak sakit hanya lah alasan aku...Mcm2 tuduhan yg aku terima.Cuma aku kurang pasti ada tak pernah mereka terfikir akibat dari tomahan2 yg dilontarkan kepada aku? Apa akan terjadi? Baik kah? atau buruk? Kadang2 berckp jugak dlm hati, boleh tak aku nak tidur sekejap aje dan bangun semula dengan harapan yg semua ini hanyalah sekadar satu mimpi. Sedih hati aku. Bukan simpati aku pinta tapi aku amat berharap agar difahami. Ia hanyalah untuk sementara.  Hari ini kita melihat Takdir Hidup Orang, belum tentu lagi takdir hidup kita bagaimana.  Aku tak mampu berkata dgn lisan. Pedih dan sedih yg dapat aku rasa. Tiap kali tengok anak aku sakit, tiap kali itulah aku terasa tersiat2 tangkai jantung ku. Mahu ku bertukar tempat dgn nya. "Ya Allah Sabarkanlah aku.Kuatkan lah aku." Allah sayang sbb itu  Allah uji. Allah tak nak kita leka. Itulah kata2 buat penenang jiwanya tatkala menangung sakit.  Aku pernah berkata, kerja ku kerana Allah, kerana itulah aku diuji. Aku redha. Aku redha dgn setiap ketentuannya. Dan aku yakin dgn janjiNYA. Setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya yg mana hanya Allah sahaja yang mengetahui. Ya Allah, Hilangkanlah dukacita dari hati ku...."

Comments

Popular posts from this blog

Antara Khasiat Daun Sireh

Kumpulan Doa dan amalan mencari barang hilang

Bismillahi tawakkaltu ‘alallahi, walaa haula wala quwwata illa billah