Macam2 Hal Industrial Training..........


Kadang2 aku rasa pening ngan perangai budak2 dan mak bapak budak2 nie.

Masa mula2 x dapat masuk U, beriya2 nak masuk. Talipon sana, talipon sini, jumpe org sana, mintak tolong org sini. Tapi bile dah berjaya masuk, walaupun masuk pakai kabel, anak2 nie banyak pulak halnyer. Bile ditegur, mengadu kat mak bapak. Pandai melawan. Anak x masuk kelas, Lecturer yang salah. X pandai mengajar. Bile kene BAR x leh ambik exam, merayu2 mintak tolong kasi peluang. Mak bapak pulak yg tentukan ape yg perlu diajar pada anak dia. Pelik kan? Sbb mak bapak yg lagi pandai dari lecturer. Baik mak bapak je yg bukak Universiti sendiri...you can make decision and run YOUR OWN UNIVERSITY...Hebat kan..

Sama jugak dgn hal training. Kita letak student dkt penempatan yg kita rasa sesuai dengan CGPA dia, dengan kursus dia, dengan peluang masa depan dia, dengan subjek yg diambil. Tapi student nie x pandang semua tu. Mintak tempat yg hebat walhal CGPA awak bawak 3.o lps tu bising kenapa x dapat. Nak tempat yg kalau boleh bukak je pintu pagar rumah terus jejak tempat praktikal. Geram jugak ngan budak2 nie...ade jugak aku bagi je. Tapi sendiri mau pikir la, adakah tempat tu sesuai ngan awak. Kita beri diorg peluang untuk buat pilihan. Tapi bukan la berpegang pada konsep "WIN EVERYTHING" . Aku amalkan "WIN WIN SITUATION" , "WIN SOME LOOSE SOME". WE CANNOT WIN EVERYTHING. Ada yg dapat tempat yg jauh sket tapi berbaloi sbb Pejabat NEGERI, tapi pelik nak jugak cawangan DAERAH yang kecik. Yg x banyak keje, meaning x banyak perkara yg boleh kita pelajari. Tak cukup dgn tu...suh mak bapak call, mintak tukarkan penempatan. Jauh sebagai satu isu. Kita bukan duduk kat zaman batu yang mana bile nak kemana2 kena ambik masa sampai berhari2. Zaman Cyber, ikhtiar, akal semua bergerak pantas dan JAUH itu hanyalah sebagai satu alasan. X de lagi org mati sbb JAUH.

Siapa yg belajar nie? Siapa yg nak buat praktikal nie? dan yang penting, Siapa yg nak Grad nie? Aku tahu perangai mak bapak nie PROTECTIVE. Tapi kene la bertempat. Aku pun mak org jugak. Sampai bila kita nak be PROTECTIVE. Kita kene bagi laluan pada mereka, anak2 nie untuk berdiri diatas kaki sendiri. Sok, bile dah mula menjejak kaki di dunia pekerjaan, mempunyai kehidupan mereka sendiri, ada kita masih nak be so PROTECTIVE. Biar la mereka bersusah sket, untuk mematangkan diorg dan meningkatkan daya tahan diri diorg. Dan dengan cara itu mereka akan lebih menghargai kesenangan nanti. Tak la lupa diri. Kita kalo sayang anak, bukan la bagi ikan tiap hari, tapi kita ajar dia mengail agar tiap hari boleh makan ikan walaupun bila kita dah x ada.

Popular posts from this blog

Antara Khasiat Daun Sireh

Kumpulan Doa dan amalan mencari barang hilang

Bismillahi tawakkaltu ‘alallahi, walaa haula wala quwwata illa billah