Petua untuk Rambut

Masalah Uban: Ambil sebijik kelapa tuan diparut dan ambil santan pekatnya. Didihkan hingga keluar minyak. Tuangkan minyak itu ke dalam botol dan rendam bersama halba. Gunakan minyak ini setiaphari. Uban anda akan berkurangan dan rambut anda akan hitam semula jadi.

Luruskan Rambut Kerinting: Rambut kerinting mudah kusut dan kurang menarik. Untuk cuba meluruskan rambut cubalah petuan ini. Parut sebiji kelapa tuan, ambil santan perahan pertama menggunakan segelas air suam. campurkan santan dengan perahan air limau nipis, kemudian simpan dalam peti sejuk. Gunakan santan ini sebagai krim rambut. Sapukan ke rambut dengan cermat kemudian cuci bersih. Cuba selama seminggu dan lihat hasilnya. atau boleh dicuba basuh rambut andan dengan air nanas yang manis. Peram air nanas itu semalaman, Selepas itu, lumurkan ke atas kepala dan biarkan selama 15 minit. Kemudian, basuh dengan syampu sehingga bersih.

Hapuskan Kutu: Ambil sebiji buah nona, dibasuh dan ditumbuk hingga alus. Campurkan dengan sedikit air. Kemudian sapu ramuan ini di kepala. Tutup dengan tuala suam dan biarkan selama 15-20 minit. Akhir sekali bilas dengan air.

Rambut Gugur: Kisar biji halba sehingga hancur dan sapukan di atas rambut. Selepas dibiarkan selama setengah jam, bilas dengan air bersih. Amalkan seminggu seklai. Pasti rambut menjadi bersinar serta tiada maslah keguguran sekali.

Rambut berkelemumur: Perahkan air limau purut atau limau nipis di atas kulit kepala. Balutkan kepala dengan tuala bersih selama dua jam, kemudian bilas dengan air suam. Amalan ii juga dikatakan baik utnuk mengurangkan sakit kepala.

Melembutkan rambut: Ambil secekak kangkung dan bersihkan. Masukkan dalam bekas. Bubuh enam camca air suam dan ramas kangkung hingga mengeluarkan lendir. Sapukan lendir tersebut pada keseluruhan rambut dan biarkan seketika. Kemudian, bilas rambut dengan air bersih.

Comments

Popular posts from this blog

Antara Khasiat Daun Sireh

Kumpulan Doa dan amalan mencari barang hilang

Bismillahi tawakkaltu ‘alallahi, walaa haula wala quwwata illa billah