Kali Terakhir Ku Tatap Wajah Mu
This is the place where my daughter was referred for MRI and it was the last place where we (me and my daughter) met Arwah Ayah. Aku jumpa ayah selama 2-3 jam sahaja pada hari itu.Dia datang dengan mak dari Perak. Dia nak datang ke Kuantan tengok cucu dia tapi aku x bagi sbb ayah pun bukan sihat sangat. Arwah berkeras. Bila dia tahu yg cucu dia direfer ke Hospital Pantai Kuala Lumpur untuk MRI, dia datang jugak dgn mak naik bas. Dia sampai dlm pukul 2pm dan kami berpisah dlm pukul 5pm. Kami dari Kuantan, dihantar ke sana naik ambulan. Kalo ikutkan hati x nak berpisah ngan mak dan ayah. Tapi apakan daya, terpaksa.
Itulah kali terakhir aku peluk ayah. Kali terakhir aku mengucup tangan dan pipi ayah. Kali terakhir aku belanja dia lunch. Kali terakhir aku belikan coklat kesukaan dia buat bekal makan dlm bas waktu pulang nanti dan kali terakhir aku melihat lambaian tangan ayah. . Kali terakhir aku bercerita dengan ayah. Kali terakhir dia menenangkan aku. Kali terakhir aku pandang wajah ayah. Kali terakhir aku berada dlm pelukan AYAH.....sedih..Al Fatihah untuk Ayah
Comments