Drebar Kete Mayat

Kejadian ini terjadi pada malam Jumaat yang lalu. Namanya, Susi. Kerana terlalu sibuk dan banyak kerja yang harus dibuat dan disiapkan dalam minggu ini maka, Susi harus bekerja sampai larut malam di ofis. Ketika ingin pulang Susi menahan teksi untuk mengantarnya pulang.

Susi: "Kampung Sungai Ramal Dalam ya Pak cik"

Pak cik kereta sewa itu hanya menggangguk, didalam perjalanan ke Kampung Sungai Ramal. Dalam tidak terjadi percakapan antara Susi dan Pak cik kereta sewa, mungkin Susi merasa kepenatan kerna bekerja sampai larut malam. 20 minit lamanya keheningan terjadi, tiba-tiba Susi teringat bahawa duit yang dibawanya tidak cukup untuk membayar tambang kereta sewa. Susi lalu menepuk bahu belakang Pak cik kereta sewa dengan maksud untuk memberitahu supaya berhenti di kedai minyak didepan untuk mengambil duit di ATM.Tapi tiba2 setelah bahu belakangnya ditepuk oleh Susi, Pak cik kereta sewa itu secara membabi buta memusing stering kereta sewanya ke kanan kemudian ke kiri sambil berteriak bagai kan orang kena histeria, sampai akhirnya kereta sewa itu merempuh tembok penghadang jalan. Nasib baik Susi dan Pak cik kereta sewa tidak mengalami luka parah.

Pak cik kereta sewa itu kemudian meminta maaf kepada Susi.

Pakcik: "Maaf ya cik, cik tak apa-apa ya? Kenapa di tepuk bahu saya cik, terkejut setengah mati saya cik!!"

Susi: "Laa, takkan ditepuk bahunya aja sudah terkejut!!"

Pakcik: "Sebab hari ini hari pertama saya jadi drebar kereta sewa, cik"

Susi: "Habis tu sebelum ni apa pekerjaan pakcik?"

Pakcik: "Selama 20 tahun saya jadi Drebar Kereta Mayat..."

Susi: "patutla.... "

Comments

Popular posts from this blog

Antara Khasiat Daun Sireh

Kumpulan Doa dan amalan mencari barang hilang

Bismillahi tawakkaltu ‘alallahi, walaa haula wala quwwata illa billah