i-Quest 2008

i-Quest08 berlangsung minggu lepas(15-17August 2009). We really enjoy ourselve kat sini. Here are some postings some of the activities yg ada hari tu.

Banyak sebenarnya aktiviti, tapi rasa mcm tak cukup masa nak melawat semua. Gerai2 makanan oleh students kat sini. Dari semua kulliyyah. Dentistry, Sciences, Medic, Pharm, Nursing, Allied Sciences. Semuanya melambai2 menjemput menikmati juadah yang di sediakan. Dentistry dgn Nasi Arabnya. Thanks Mazni sbb belanja Nasik Arab n air air tu....sedapppp...Sciences ngan Nasi ayam, burger goreng, rojak buah dan mcm2 lagi.....terlalu banyak..bukan nak kata sampai tak terbeli tapi kalau beli pn rasanya sampai tak termakan...Majority students kat situ semua kenal kita, hehe kadang2 kita pn tak ingat nama2 diorg...so kalau tak singgah , kesian rasanya....alahai...ni la bila banyak berhubung ngan students2 nie...

Exhibition counter pn banyak n very informative and helpful. Nursing, Dietrition, Medic dengan medical check-up, radiography, Optimatris, kelab khat, kelab origami, reflexsologi, Dentistry-giving out ubat gigi, dan mcm2...kalau berhenti menengok tiap2 satu booth tu, masyaallah ... tak sedar masa berlalu. The students are very helpful and informative. Me, myself pn dapat cuci spec free, test spec n tukar spare part spec nie. Ok lah tak payah susah2 pegi kedai cermin mata nak buat. Buat reflexsologi....emm..best nyer org urut kaki....lps penat berjalan. Cuma nak pegi kat Booth remote control helicopter je yg tak sempat, coz lama kat booth klinik Mathz. Banyak dapat kutip useful information. Dah pandai guna kaedah mudah untuk kira tolak maths. Boleh le ajar anak2 didik sekalian....Insyaallah....
Mlm: Bersama Ustaz Akil Hayy....Fantastic..berkesan...terasa sampai ke jantung hati...bukan setakat untuk kita yg dewasa tapi untuk anak2 jugak. Caranya yg sepontan...mmg class. Antara isi yg disampaikan mlm tu, katanya" kita mendidik anak perlu lah mengikut peredaran zaman". Betul dan sy akui. Ada diantara ibu bapa yg selalu membandingkan masa dia dibesarkan berbanding dengan anak2. Sebagai contoh; "Ayah dulu masa sekolah pagi2 lagi pegi motong getah, lepas tu balik baru pegi sekolah. Pegi sekolah bawak 5sen aje. Jalan kaki berbatu2. Anak2 sekarang kalo tak ada RM5 tak nak gi sekolah" rengus seorang ayah. Sy faham yang si Ayah berkenaan mahu anak tersebut menghargai kesusahan dengan membandingkan kesusahannya dulu ngan kesenangan sekarang. Tapi tak boleh lah kita bagi duit belanja yang tidak memandai untuk anak hanya kerana kita dulu bawak 5sen ke sekolah. Kita hidup susah maka kita nak anak2 kita belajar hidup susah. Sedangkan kawan2 anak2 kita hidup dan berbelanja dengan selesa. Saya tak ambik kira yg mewah berbelanja ya. Kita terpaksa mengambil kira tentang kenaikan harga barang yang mana termasuk harga makanan di kantin. Tak lupa jugak 'peers pressure' . Ini akan menyebabkan anak tersebut tertekan, malu dan akan mengakibatkan kesan2 yang tak elok, sebagai contoh kes buli, kes peras ugut dikalangan murid sekolah. Bukan setakat sekolah menengah tapi boleh bermula dari sekolah rendah lagi.


Teringat saya ada satu drama tv yg pernah saya tonton. Ada satu babak yang mengisahkan betapa orang2 yg taksub dengan islam menyeru agar semua penduduk kampung di situ supaya mengikut cara2 hidup Rasullulah. Tinggalkan semua kemewahan dan kesenangan. Kemewahan dan kesenangan itu melalaikan. Terdapat satu dialog dlm drama tersebut yg masih terngiang2 di teliga; "kalo gitu semua moto, kete dlm kampung nie kita jual. Semua jalan kaki, naik unta je. Kita duduk ramai dlm khemah, peh tu kita pindah2 mcm org nomad. Mcm tu kah islam?" Soal salah seorang penduduk kampung tersebut.



Pagi Motivasi bersama Dr. Tuah. Apa yang kita belajar dengan Dr. Tuah? Dia kata, kalau nak buat biar betul dan buat betul-betul, jangan main-main. Kesimpulannya: kalo nak main pn biar betul-betul, jangan main-main. Baru boleh menang. Kenapa kita pegi sekolah? Kenapa kita nak jadi pandai? Sbb kita nak jadi kaya. Ada sesiapa yang tak nak jadi kaya? Ada sesiapa yang nak jadi miskin? Tak ada kan... semua nak jadi kaya. Bila kita dah kaya, jgn la kita lupa diri. Jangan lupa rumput yg kita pijak semata2 kerana hidung dah boleh menyentuh awan. Gunakan kekayaan kita untuk membantu mereka yg memerlukan. Tak rugi. Di dunia pn tak rugi. Di akhirat pn tak rugi. Kita memanam saham untuk akhirat. Nabi kata, Kalo kita kejar dunia. Kita akan dapat dunia aje. Tapi kalo kita kejar akhirat, dunia akan kejar kita...insyaallah..Nabi pn kata, Kefakiran mendekatkan kepada kekufuran....fikir2kan lah...

Di lapang sasar memanah dan menyumpit. Mencuba sambil belajar perkara-perkara yang baru. How to upgrade ourself? This is the way. To learn. What make u different from others? Is when u learn new things. U will upgrade yourself. U learn more. U know more. N u share it with others. Ilmu kalau kita berkongsi, tak rugi. Malah akan sentiasa bertambah. Allah dah kata, satu kita ajar org, DIA akan balas dua..begitulah seterusnya. Tahun lepas kita dah belajar berkayak. Tahun nie memanah dan menyumpit. It is a good experience for you guys.







Rasa bertuah Allah beri peluang untuk turut bersama di majlis ilmu. Terima kasih Allah...














And you guys know what is the most important thing? Team work. Kasih sayang. Actually you guys care about each other.












Comments

Popular posts from this blog

Antara Khasiat Daun Sireh

Kumpulan Doa dan amalan mencari barang hilang

Bismillahi tawakkaltu ‘alallahi, walaa haula wala quwwata illa billah