Posts

Aib

Orang yang beriman sentiasa cuba melindungi aib seseorang dan menasihatinya, manakala orang yang 'fajir' atau fasiq itu sentiasa suka mencari keaiban, kelemahan orang lain & menyebarkannya secara terbuka. KECUALI jika kelemahan itu melibatkan kepentingan awam yg sgt jelas maka dimaafkan untuk disebarkan bagi mengelakkan orang ramai terpedaya, seperti ulama mendedahkan kelmahan perawi hadis agar berhati2 dgn hadis yang diriwayatkan. Maslahat awam melebihi maslahat individu.

Koleksi Ceramah Ustaz Don Daniyal Don Biyajid - Seruan Kubur

Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali ... 1. Aku rumah yang terpencil, maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran. 2. Aku rumah yang gelap, maka terangilah aku dengan selalu solat malam. 3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu, bawalah amal soleh yang menjadi hamparan. 4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar. 5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir, maka banyaklah bacaan "Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah", supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

Anak Asset ke syurga atau neraka

Image

Koleksi Ceramah Ustaz Don Daniyal Don Biyajid - Petua Imam Syafie

PETUA IMAM SYAFIE Empat perkara menguatkan badan 1. makan daging 2. memakai haruman 3. kerap mandi 4. berpakaian dari kapas Empat perkara melemahkan badan 1. banyak berkelamin (bersetubuh) 2. selalu cemas 3. banyak minum air ketika makan 4. banyak makan bahan yang masam Empat perkara menajamkan mata 1. duduk mengadap kiblat 2. bercelak sebelum tidur 3. memandang yang hijau 4. berpakaian bersih Empat perkara merosakan mata 1. memandang najis 2. melihat orang dibunuh 3. melihat kemaluan 4. membelakangi kiblat Empat perkara menajamkan fikiran 1. tidak banyak berbual kosong 2. rajin bersugi (gosok gigi) 3. bercakap dengan orang soleh 4. bergaul dengan para ulama 4 CARA TIDUR 1. TIDUR PARA NABI Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi. 2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam. 3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan ya...

Koleksi Ceramah Ustaz Don Daniyal Don Biyajid - Bile ingat mak ... Bile ingat ayah

♥ Bila mak kata dia teringat, kita jawab kita sibuk sangat.. ♥ Bila ayah kata dia rindu, kita jawab nantilah hujung minggu.. ♥ Bila mak minta kita pulang, kita jawab kita belum lapang.. ♥ Bila ayah minta kita singgah, kita jawab kerja kita belum selesai.. :: Bila hati kita terguris, kita kata ..." Mak memang tak pernah faham... " :: Bila hati kita terhiris, kita kata ..." Ayah memang tak ambil kisah... " TETAPI... ♥ Bila hati mak kita terguris, mak kata ..." Tak apa , dia masih muda.." ♥ Bila hati ayah kita terhiris, ayah kata ... " Tak mengapa , belum sampai akalnya.." ♥ Bila kita menangis tanda lapar, mak berlari hingga bagai hilang kaki... ♥ Bila kita merintih tanda derita, ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena... ♥ Bila kita sedih kerana gagal, mak setia membekalkan cekal... ♥ Bila kita pilu kerana kecewa, ayah teguh berkata dia tetap bangga... #Maka, hargailah dan sayangilah selagi mereka masih ada di dunia Anak yang sol...

Koleksi Ceramah Ustaz Don Daniyal Don Biyajid - Tolak Tambah Darab Bahagi

Hidup kita ibarat subjek matematik iaitu TAMBAH, TOLAK, DARAB dan BAHAGI. Amalan yang baik hendaklah DITAMBAHKAN. Segala perbuatan yang buruk dan dimurkai oleh Allah hendaklah DITOLAK, pahala amalan hendaklah DIGANDAKAN dan masa yang ada hendaklah DIBAHAGIKAN dengan sempurna agar kita tidak tergolong di kalangan mereka yang rugi hidup di dunia dan akhirat...Amin ♥

Koleksi Ceramah Ustaz Don Daniyal Don Biyajid - 1000 batang mancis

1000 batang mancis tak dapat nak terangkan kau dalam kegelapan buat SELAMA-LAMANYA.. tapi, CAHAYA KEIMANAN dapat bawak kau ke jalan KESENANGAN. "Dialah yang menurunkan Sakinah (ketenangan) ke dalam hati orang-orang yang beriman supaya mereka bertambah iman dan yakin berserta dengan iman dan keyakinan mereka yang sedia ada; pada hal Allah menguasai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka) dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana." (Al-Fath: 4)