Posts

Doa

Bacalah ( بِسْمِ اللهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اْسْمِهِ شَيْءٌ فِي الأرْضِ وَلا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْم ) tiga kali di waktu pagi dan petang dengan ikhlas, bersungguh serta yakin, nescaya akan terhindar dari MUSIBAH secara tiba2 yang tidak tertanggung di pagi dan malam tersebut. Demikian pesan Nabi dalam hadis yang sohih. Ertinya bacaan itu "Dengan nama Allah yang tiada mudarat dengan namaNya sesuatu apapun di bumi dan di langit, dan Dialah yg maha mendengar lagi mengetahui". Hadis riwayat ibn majah & tirmidzi.

Dayus

Image
Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :- 1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah. 2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar. 3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat. 4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya. 5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'spoting' yang memahami. 6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah. 7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang...

Positivekan Diri ya...

Jangan mengeji diri sendiri secara berlafaz (kecuali ketika taubat), kerana ia hanya akan memberikan tubuh kita lanjutan perasaan kegagalan dan negatif, lalu membawa rantaian kegagalan dan kesalahan yg lain, kerana ia telah memasuki minda separa sedar kita, menjadi seperti racun berbisa. Kerana itu, Islam mengajar bila kegagalan, kesukaran dan musibah tertimpa, ucaplah "Hasbunallah wa ni'mal wakil", La hawla wala quwwata illa billah" dan "inna lillahi wa inna ilaihi raa'jiun". Kemudian, positifkanlah dirimu. Kamu boleh, InshaAllah...! (Ustaz Zaharuddin)

Kita tidak tahu siapa yang menDOAkan kita

Jangan terleka, kejayaan & kesihatan kita mungkin hasil doa orang sekeliling, sama ada keluarga, adik beradik, rakan taulan, murid, guru & lain-lain. Jangan tiba-tiba kita bermusuh, mengeji dan mencemuh orang lain, mungkin kamu mencemuh mrk yang mendoamu, doanyalah yang maqbul. Justeru, luaskan kebaikan, ihsan & akhlak kpd lebih ramai manusia, doanya mungkin akan terus milikmu jua. Ingatan buat diri & semua.(Ustaz Zaharuddin)

UPDATE Keje

Perselisihan & salah faham dalam rumah tangga byk berlaku kerana pasangan, masing-masing tidak UPDATE tentang 'Apakah kerja yg sedang membebani pasangan'. Hasilnya, pasangan mudah berfikir bukan2 seperti tiada lagi kasih, cinta dll padahal itu hanyalah ilusi. Justeru, sebagai tips, cuba senaraikan senarai kerja isteri dan suami anda secara spontan (termasuk dateline) sekarang & bandingkan dgn senarai sebenar dari pasangan. Mungkin ia akan mampu pasangan memahami keluhan & keserabitan pemikiran pasangan hingga menggugat romantisnya dia dll ( Ustaz Zaharuddin)

Ikhlas

Kalau tidak boleh menyenangkan, usahlah menyusahkan. Kalau tidak boleh membahagiakan, usahlah menderitakan. Jika kita benar-benar ikhlas, biarlah nampak ikhlas bukan berkata yang kita ikhlas. Kita boleh berpura-pura sekali sekala tetapi tidak setiap masa. Siapa sebenarnya kita lambat laun orang akan ketahui juga. Fikir-fikirkanlah. (motivasi dari Dr. Tengku Asmadi)

Murabbi Cinta 2 : Iman Bukan Warisan

Kita tidak dapat berbuat apa-apa, jika ada ilmuwan agama yang sibuk mengajar orang lain. tetapi melupakan ahli keluarga sendiri. Bak kata pepatah Melayu, 'monyet di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan'. Tiada siapa yang patut disalahkan jika diri sendiri yang mengabaikan amanah Allah terbesar itu. Tetapi kita tidak harus lupa, bahawa hidayah adalah hak mutlaknya milik Allah. Seorang ibu dan bapa, dengan segala ketinggian ilmu dan hikmah yang ada padanya, boleh sahaja mendapat kurniaan keturunan yang baik-baik seperti Ibrahim beranakkan Ishak, Ishak pula beranakkan Yaaqub dan Yaaqub pula beranakkan Yusuf, 'aliayhim al-solaat wa al-salaam. Tetapi tidak semua bapa dikurniakan zuriat seperti zuriat Ibrahim. Dan ada juga anak yg mulia, berbapakan bapa seperti bapa Ibrahim. Ujian Allah tidak semetinya datang dalam bentuk penjara, bukan digam, bukan ditukar tempat kerja atau dibuang kerja. Tetapi ujian datang pada pelbagai bentuk yang kadang-kadang tidak mengangkat...